Rabu, 3 Oktober 2012

Konflik jadual.

 Assalamualaikum.

Sekarang ni dah masuk hampir sebulan Ana kat UM. Daannn... semestinya sangat-sangat la sibuk. Sibuk dengan kelas, tutorial, assignment, bola jaring dan lain-lain. Walawehhh... Jadual Ana sangat la pack. Omaigod.

Isnin- 8.00am-1.00pm (kelas), 7.30pm-10.00pm (netball)
Selasa- 8.00am-10.00am (week1) /8.00am-5.00pm (week2)
Rabu- 8.00am-1.00pm (kelas), 7.30pm-10.00pm (netball)
Khamis-8.00am-5.00pm
Jumaat- 8.00am-11.00am, 7.30pm-10.00pm (netball)

Haish. Rasanya dah banyak kali Ana asyik mengadu pasal jadual ni. Hmmm. Tapi actually memang penat. Maybe sebab Ana tak dapat sesuaikan diri lagi kot. Maybe. Apa taknya, kalau malam sebelumnya ada training netball, keesokannya pasti Ana ngantuk gila dalam kelas. Dah la lepas je balik training memang lah tak akan buka buku or buat tutorial, memang x sempat buat apa-apa lah. Lepas mandi and makan, terus je lelap.

I think, I should arrange my schedule properly. Mean, kena siapkan semua tutorial masa weekend. Then, just revise masa hari-hari yg ada. Yeahh. Nak buat tutorial mmg x sempat  la kalau weekend asyik berjimba je.

Hmm. Weekend lepas, Ana balik rumah. Tapi x ada orang pon. Kak Nor masuk wad, then Firas and Rayyan dijaga oleh nenek dorang lah.Hari sabtu and ahad, Ana pergi hospital lawat Kak Nor. Hopefully Kak Nor cepat lah sembuh. Jangan lah apa-apa yang buruk berlaku. Yeahh.

Hmm..berkaitan dengan training netball pulak, Ana rasa Ana yang paling lemah. I mean, cara balingan bola Ana still x betul. Bila attend training ni, baru lah  Ana belajar dan ketahui cara betul nak passing bola, cara betul larian masa bermain, and banyak lagi. Apa-apa pon, Ana akan still bertahan selagi boleh. Just keep positive mind. Fikirkan boleh! Yezza..

Wassalam.
 

0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...