Selasa, 27 Mac 2012

5 Cara Mencegah Tumbuhnya Jerawat




Banyakkan makan bawang putih.
Bawang putih dapat menghancurkan bakteria yang ada pada pori-pori kulit. Selain itu bawang putih juga berfungsi meningkatkan sistem imunisasi tubuh, termasuk kulit sehingga dapat mencegah tumbuhnya jerawat.


Sinari kulit dengan matahari.
Kulit memerlukan sinar matahari supaya terjaga kesihatannya sehingga sel-selnya dapat aktif secara sempurna. Biarkan kulit terkena sinar matahari pagi paling tidak 15 minit setiap harinya.


Exercise dan tidur cukup.
Stress yang anda alami setiap hari juga akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan akhirnya menyebabkan jerawat tumbuh. Olahraga iaitu exercise dan tidur yang cukup akan membantu tubuh menstabilkan kembali hormon-hormon anda.


Cuci muka dengan air suam.
Jerawat boleh tumbuh kerana kotoran yang memasuki pori-pori kulit. Air suam akan membuat pori-pori terbuka untuk sementara, sehingga sabun pencuci muka anda boleh membersihkan kulit secara maksima.


Bersihkan tubuh dari toksin.
Makanan yang kurang bersih dan persekitaran yang kita terdedah setiap hari dapat menjadi toksin dan merangsang tumbuhnya jerawat pada kulit. Minum air putih yang cukup setiap hari. Toksin-tosin yang terdapat di dalam tubuh akan keluar bersama air kencing dan najis.

3 pesanan buat saya :):

smilenajah93 berkata...

comelnyeeeee SB tuuu :D

_Anaaaaa berkata...

Alhamdulillah muke kite takde jerawat xD

ALLANNA EZRA berkata...

ehehh..yg lain sy dapat buat tapi bab mkn bawang puti tu..errrrr..tak sanggup ase..eheh..xsodap..
tq tgl kn msj kt cbox hambe,,=p
terharu sgt2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...