Khamis, 27 Mac 2014

A great experience indeed!

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memang dah lama sangat-sangat Ana tak post apa-apa dalam blog ni. Why? Why? I am quite busy mahh handle macam-macam benda.

Sekarang ni bertimbun tinggi macam gunung kinabalu dah homework Ana. -,-

Lab report lagi, assignment separation lagi, numerical, and bla bla bla... Hal akademik banyak sangat tak settle. Tak fokus. -,- Padahal tujuan asal datang UM ni nak belajar. Tapi bila pikir balik, join projek pon dikira menuntut ilmu jugak la kan.

Sem 4 buka masa pertengahan bulan Februari. Masa ni sibuk daftar subject. Dengan bermulanya semester 4, maka bermulalah segala gerak kerja.

First event, Chem-E Car Competition UM. Yang ni kami semua handle yang internal punya competition. Next level, international level kat UPM pada 9 & 10 April 2014. Untuk level international, UM hantar 2 kumpulan yang menang masa internal level. OK. Untuk Chem-E Car ni, Ana under biro publisiti. Then skop kerja just design apa yang patut, handle page, promote dekat sosial network and bla bla bla....

Have a visit to https://www.facebook.com/ChemeCarUM for more info regarding Chem-E Car. Ni event yang dianjur khas untuk chemical engineer's student. Tapi budak kos lain pon boleh join dengan syarat kena ada at least 2 student chemical engineer dalam group tu. Setiap group perlu ada 4 ahli.

*All committee and competitor of Chem-E Car UM.

*Me
Second event, Hornets Open Day. Project ni tahun lepas pon Ana join jugak under Biro Protokol and dulu dikenali sebagai Pesta Hari Terbuka Kolej 9 UM. This time, Ana under biro Program dan Persembahan. Maka, saya sangat lah busy dari sebelum event start hingga la hari terakhir. Penat tapi puas hati lah. Such a good try la for me as beginner. Before ni mana lah pernah handle benda cenggini.

Ahhaaa.. disebabkan Ana under biro program, maka menjadi satu tanggungjawab untuk mengurus segala jemputan semua.

Untuk hari pertama, program derma darah bersama pihak PPUM,pesta buah-buahan dan slot motivasi. Untuk slot motivasi, Ana jemput Aiman Azlan, Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre dan Salima Habibi.

*Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre

*Salima Habibi

*Aiman Azlan

*Forum 'Masih Ada Harapan'
For the second day, kami anjurkan J-robic. Program ni dengan kerjasama pihak PEMASHOR UM, Persatuan Mahasiswa Johor UM. Maka, pihak PEMASHOR sendiri yang tolong lead program ni and first time jugak lah merasa ber J-robic ni. Agak sama je macam senamrobik biasa, just yang ni khas untuk warga Johor. Interesting. 

Then, pesta buku mini. Tak banyak pon yang kami berjaya bawak. Tapi quite ok lah kan dari tak ada langsung.

Photo: salam 1 malaysia

hr ni akan diadakan  mini pesta buku.. baucer buku diterima ;) anda dijemput memeriahkan majlis
*Pesta buku mini
Selain itu, ada jugak program Santai Jagung. Kami jual jagung and rasanya banyaknya jagung yang Ana makan. OK. Dah muak dah sekarang sebab makan banyak sangat. -,-

Malamnya pulak, ada pertandingan karaoke. Dan semestinya tak adanya Ana nak join. HAHA. Yang ni Ana just cari juri je untuk adili pertandingan ini. Tak susah la nak cari sebab ada je student kolej 9 sendiri yang layak jadi juri kan. And memang suara beliau sedap pon. :)
Last day, ada marathon; Ninth Run Ninth. Semestinya Ana join sebagai peserta lah kan. Alhadulillah, dapat no 5. Yeayy..dapat hadiah. Last dapat hadiah pon masa Larian Gegar 3rd college. Tu pon dapat kaktus je. -,-

Then, lepas balik lari je, terus rushing bersiap nak pergi rumah abang kat Rawang. Ada kenduri kesyukuran sempena dapat baby baru. Nur Qistina Afrina tak silap Ana. Yela kot.

Maka, dengan ini berakhirlah segala program yang Ana perlu handle. Yeay. Sekarang boleh fokus study semula.

Btw, pada 26hb Mac 2014, ada lawatan industri ke kilang Gardenia. Best. Interesting. Overall menarik lah. Membuatkan saya lebih cenderung nak pilih food industries. HAHA.


*Monopod

*Gardenia industry visit

*Goodies from Gardenia. Tq.
Such a great moment. Banyak benda yang Ana belajar kat UM ni dan bukanlah fokus kepada akademik semata-mata. 

Betullah. Kita tak akan belajar kalau tak buat sendiri benda tu. Pengalaman ajar banyak benda kepada kita. So....

Start explore kelebihan diri kita dan serlahkan keyakinan. Heee...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...