Isnin, 30 April 2012

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar


Assalamualaikum.
Click to join.

Tarikh tutup contest : 30 April 2012 jam 10 pm.

OMG. Hari ni hari last contest ni. Haha. Bertangguh lagi ye buat homework. Mohon maaf ye Cikgu Kamil. Hihi. Anyway, akhirnya Ana join jugak contest ni. Haha. Dah lama gile kot tak tulis karangan BM..Yeah..bismillah....


"Aku Sebuah Blog"
Aku sebuah blog. Aku diberi nama fana66.blogspot.com. Aku dilahirkan di sebuah negara maya yang sedia dihuni oleh pelbagai makhluk seperti wordpress, facebook, twitter, yahoo dan lain-lain. Aku diwujudkan atas bantuan Ana yang pada ketika itu kebosanan tahap maksima selepas beliau tamat PLKN.


Di awal kelahiranku, aku diibaratkan seperti kain putih yang harus dicorakkan dan dibentuk karakter oleh Ana. Aku dihias ringkas oleh Ana. Pada awalnya, Ana tidak berminat sangat denganku. Mungkin diriku ini tidak begitu berharga buat dirinya berbanding facebook. Tidak mengapa. Aku sedar siapa diriku. Aku tidak benci Ana, tanpa dia aku takkan wujud. Aku juga tidak dengki pada facebook kerana kami kan saudara.


Aku hanya sesekali sahaja dikunjungi oleh Ana di dunia maya ini. Ku terasa sedikit terseksa dan sedih dengan sikapnya yang acuh tak acuh dengan diriku. Jika tidak menyayangiku, mengapa harus ciptakan aku dan membuatkan aku terseksa merinduimu Ana?  Ahh..sukar aku memahami dirimu yang misteri ini.


Aku terus-menerus terseksa hari demi hari tanpa kunjungan Ana. Tambah-tambahan lagi apabila beliau menyambung pelajaran di universiti. Masa yang ada untuk meluangkan masa bermanja mesra denganku juga terhad hanya pada hujung minggu sahaja.


Tetapi, menjelang semester kedua Ana di universiti, Ana menjadi semakin rapat denganku. Aku dilayan dengan sangat baik oleh Ana. Ana semakin rajin menatapku, semakin ghairah menceriakan hariku. Oh, aku sangat bahagia. Kuharapkan ukhwah ini akan semakin utuh.


Semakin lama sayangku pada Ana semakin menebal. Ana pasti akan mengunjungiku walau sesibuk mana pun. Malah, yang paling mengharukanku, Ana masih lagi sempat mengukir kata-kata dalam kotak mindaku walaupun dia sedang menghadapi peperiksaan akhir. Kadang-kala kurisau juga jika aku mengganggu konsentrasinya terhadap pelajarannya. Aku sedar, pelajarannya lebih penting dariku. Ana juga tidak pernah lupakan aku walau dalam apa jua keadaan. Ada sahaja perkara yang ingin dikongsinya dengan diriku, facebook dan saudara baruku, twitter.


Akhirnya, hari yang dinanti-nanti telah tiba. Ana selesai pembelajaran asasinya selama setahun itu. Dengan itu, bermakna semakin banyak masa yang dapat diluangkannya untuk beramah mesra dengan diriku dan saudaraku yang lain. Aku mulai dihias dengan lebih cantik, kemas dan teratur oleh Ana. Malah, beratku juga menjadi semakin fleksible. Semestinya untuk mengelakkan aku daripada mengalami masalah obesiti.


Jika dulu aku sunyi tanpa Ana, kini Ana sentiasa menemaniku. Tetapi, aku juga sedar bahawasanya walaupun tanpa Ana pun aku masih boleh hidup lagi kerana mungkin apa yang telah Ana pahatkan dalam kotak pemikiranku diperlukan. Ya, aku yakin mereka perlukan aku. Kini baruku sedar mengapa Ana sentiasa memahat kata-kata ini "don't cry over the past, its gone. don't stress about the future, it hasn't arrived. live in the present and make it beautiful."dalam kotak pemikiranku sedari lahir lagi. Hidupku mesti sentiasa diteruskan. Ana wujudkanku bukan sekadar suka-suka sahaja, malah ingin menjadikanku sebagai medium dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca yang lain.


Aku bangga kerana dapat berbakti kepada Ana, menjadi tempat Ana meluahkan perasaan dan berkongsi ilmu dengan pembaca. Aku akan sentiasa hidup dalam dunia maya ini selagi Ana tidak memadamkan hayatku ini. Aku akan terus berbakti walau aku tidak secantik, tidak segah, tidak sebijak rakan-rakan blog yang lain. Setiap blog ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yeah. Aku dan Ana akan sentiasa bekerjasama dalam usaha memperbaiki kekurangan diriku ini. Insyaallah.


"Apakah impian anda sebagai blogger?"
Impian Ana ialah untuk menjadi blogger yang hebat. Hebat di sini bermaksud mampu menghasilkan penulisan yang kreatif lagi menarik serta berguna buat semua pengguna alam maya pada masa kini dan juga pada masa akan datang. Ana sangat berminat berkongsi maklumat yang berguna buat pembaca dan dalam masa yang sama bercita-cita menjadikan blog Ana sebagai blog pilihan buat semua insan. Insyaalah, dengan usaha yang berterusan, cita-cita ini pasti akan tercapai. Insyaalah. :)


Wassalam.

Sabtu, 28 April 2012

Mendengar vs Mengantuk

Assalamualaikum.
Rasa mengantuk dalam kuliah? Inilah fenomena yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar. Apatah lagi jika kuliah menjelang tengah hari dan lewat petang. Sudah pasti ramai pelajar yang tertunduk ke lantai meja. Tidak cukup dengan tertidur, ada juga yang menyumbang bunyi dengkuran. Ada juga yang berkhayal, bersembang atau mengganggu rakan. Salah siapa? Salah mata yang mengantuk atau kuliah yang tidak menarik perhatian?

Masalah ini dapat dikurangkan jika pelajar mengikuti panduan kemahiran mendengar secara aktif seperti yang tersenarai di bawah ini. Tahukah anda, kemahiran mendengar merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia yang melibatkan aktiviti kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.


Kedudukan
Penglihatan anda terhadap guru atau pensyarah perlulah jelas dan tidak terhalang. Pertembungan empat mata adalah penting kerana hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang memaut perhatian anda dengan guru atau pensyarah untuk mendapat maklumat dengan jelas.


Berinteraksi
Anda boleh mengajukan soalan dengan ikhlas. Anda harus berfikir dahulu sebelum membuat pertanyaan. Proses berfikir ini mampu mengelakkan anda berkhayal, malah menguatkan lagi pendengaran anda. Walaubagaimanapun, anda tidak digalakkan mencelah ketika pensyarah itur bercakap agar penyampaian beliau tidak tersekat. Anda harus bersabar sehingga sekurang-kurangnya ayat atau isi yang hendak disampaikan oleh beliau itu lengkap.


Maklum balas
Sebagai tanda menunjukkan anda faham, berstuju atau sebaliknya, anda perlulah memberi maklum balas seperti anggukan kepala, senyumana atau perubahan air muka dan sebagainya. Hal ini membantu perhatian anda terhadap apa yang diperkatakan.


Catatan
Catatn bukan sahaja membantu pelajar mengingati semula apa yag dipelajari secara berkesan, tetapi juga membantu diri pelajar menumpukan perhatian.


Rehat dan Tidur
Sebagai pelajar, tidak perlulah anda berjaga hingga larut malam semata-mata ingin menonton rancangan kegemaran anda. Pastikan anda mendapat rehat serta tidur yang berkualiti. Untuk mendapat tidur lapan jam sehari adalah agak sukar, tetapi sekurang-kurangnya anda harus mendapat tidur yang tidak kurang daripada enam jam. Latihlah diri anda agar lebih berdisiplin dalam soal pembahagian masa rehat, tidur dan tugasan harian.


Wassalam.

Jumaat, 27 April 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012

Assalamualaikum.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 diadakan pada 27 April hingga 6 Mei 2012 bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Masa ditetapkan dari 10 pagi hingga 7 malam bagi Isnin hingga Khamis dan bagi cuti hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad pada 10 pagi hingga 9 malam. Tema pesta buku ini adalah "Dunia Tanpa Sempadan".

Wohaa..hari ini hari first Pesta Buku ni dan Ana sudah pergi pon petang tadi dengan Najwa dan kawan-kawan serumahnya. Hihi. Best la. Sangat banyak buku dan semestinya Ana rambang mata nak pilih buku apa sebab terlalu banyak buku yang ada.  Ana just beli 3 buah buku je. Cukup lah tu. Ana bukan la ulat buku sangat pon, buku yang sedia ada pon tak habis baca lagi. Wokeh, lepas ni misi menghabiskan baca buku ni semua dan selepas tu boleh la Ana kongsi sikit mengenai buku ni tapi semestinya selepas Ana habis baca la ye. Hihi. :)

Kakak penjual buku ni kata buku ni menarik. Dia yang syorkan pada Ana. Dan....kakak ni juga merupakan kakak kepada salah seorang kawan Ana di Pasum. OMG. Ain, kakak kau rupanya, patut la muka hampir sama. Hihi.

Buku ni memang Ana nak beli sangat. Sebelum ni Ana dah beli The Secret Dreamworld of a Shophaholic . Yang ni pasal anak dia pulak. Agaknya nak cerita pasal dia punya 7 keturunan kot. haha. Pon boleh....

Okeh. Buku ini antara buku yang Ana nak sangat ada untuk koleksi diri sendiri. Sebelum ni Ana ada join GA untuk dapat buku ni...tapi malangnya tak dapat. Jadi kena beli guna duit sendiri la. Yey...sekarang Ana dah ada pon buku ni. Hihi.

Huh. Tadi Ana dengan Najwa punya la seronok berjalan-jalan melihat-lihat buku. Then tiba-tiba muncul 2 orang pak cik (actually tak da la tua sangat..haha..sangat kejam) datang kata nak buat survey sikit, "Kejap je..3 minit je". Huh, 3 minit la sangat kan..punya lama. Najwa sekejap je kena tanya, Ana punya la lama. Apa la pak cik ni, banyak tanya betul. Mula-mula tanya pasal diri. Heh, pak cik ni nak ngorat Ana ke apa. Tak nak! Saya tak nak jadi isteri ke 4 pak cik.!! (terperasan sebentar.) Then, bermula lah sesi soal jawab nya... blabalabla... malas betul nak layan.. "Okeh ye Farhana, ada 4 faktor kenapa pelajar tak dapat kuasai Bahasa Inggeris...pertama,sebutan......blablabla..." Dah..malas gila la nak dengar. Ana cakap nak pergi pon dia still tak nak lepaskan, sebaliknya bising2 pulak suruh stay. Adoyai.. tak pasal-pasal kena ceramah free. Apa-apa pon lepas ni serik la, tak kan berhenti dah kalau ada orang nak survey pape. Sangat la mengjengkelkan!!
Maaf. Saya tak berminat!
Then selepas selesai menjelajah seluruh tapak Pesta Buku tu, kami pon berkumpul la kat The Mall pulak. Kan semua pakat berpecah masa jalan-jalan tadi. Hihi.

Cik Najwa, suka ya dapat belon. OMG. Kenapa la kita berdiri lama-lama depan pak cik penjaga belon tu, then ko buat muka kesian macam kanak-kanak umur 2 tahun minta belon. Haha..tapi pak cik tu sporting nya..dia bagi jugak belon kat kau. Tiba-tiba terasa keluar jalan dengan anak buah la pulak.

Sumpah, muka Ana sangat lah teruk dalam gambar ni. Haha. Korang je la yang comel dalam gambar ni. LOL.

Sekejap je jumpa Najwa. Huhuk. Bila la nak jumpa lagi kan sayang. Next time kita hangout lagi ye Awa.
*Kat LRT Sentul Timur masa tunggu Kak Nor jemput.

8 Amalan yang boleh Merosakkan Otak

Assalamualaikum.
Dalam banyak perkara, kadang-kadang kita terlupa akan beberapa amalan yang sememangnya kita ambil mudah. Ini termasuklah amalan harian yang sering kali kita lakukan. Namun, sedar atau tidak, di sebalik amalan tersebut juga sebenarnya ada amalan 'bahaya' yang kita tidak sedari. Hinggakan pada satu peringkat, amalan tersebut boleh mengancam kesihatan kita.

1 Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


2 Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


3 Perokok
Asap rokok menyebabkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4 Banyak tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak,, tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


5 Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar di dalam tubuh manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6 Kurang berimaginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun.


7 Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Seterusnya akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


8 Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kepada kecerdasan otak.


Wassalam.

Aktiviti Geng fiQ'Ra

Assalamualaikum.
Yey..akhirnya admin Geng Fiqra buat aktiviti!! Wohaaa.. Ayuh kita mengjoinkan diri ahli-ahli Geng Fiqra yang disayangi sekalian. :)


1) 7 orang yang paling awak sayang, siapa dan beritahu nama :)

  1. My mom. Aminah.
  2. My father. Ahmad.
  3. My brothers. Razaleight, Zakuan, Yusoff, Anwar, Syukri & Zubair.
  4. My sisters. Aizan, Asyikin, Syima, Hafizah & Izzati.
  5. My  lovely friends. Aadila.
  6. My lovely friends. Najwa.
  7. My  sweetheart. *a**a* (rahsia)
2) 3 negara, ( bukan negeri ) yang awak idam idamkan untuk ke sana, negara apa :)
  1. Mekah.
  2. Jepun.
  3. Korea.
3) apa prinsip hidup awak.. beritahu 1 je prinsip :)

  • don't cry over the past, its gone. don't stress about the future, it hasn't arrived. live in the present and make it beautiful.

Wassalam.

Khamis, 26 April 2012

Susah dan Senang Biar Bersama

Assalamualaikum.
Zaman sekarang, terlalu banyak orang yang ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Disebabkan itu, amat susah untuk mencari teman sejati yang sanggup bersama ketika susah dan senang.


Rakan ketika senang sangat mudah untuk dicari, tetapi apabila anda menghadapi masalah tiada seorang pun yang ingin membantu. Persahabatan adalah ikatan yang kuat antara dua insan di mana kedua-duanya telah berjanji untuk setia bersama tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun. Anda perlu ingat, sesungguhnya apabila anda berbuat baik kepada orang lain, nescaya satu hari nanti Allah SWT akan membalas jasa anda itu.


Berkorban
Peribadi seorang sahabat sejati boleh dilihat dengan mudah. Ketika anda berada dalam kesusahan mahu pun kesenangan, dia cepat menghulurkan bantuan. Ada juga yang sanggup berkorban untuk anda seperti datang dari jauh untuk meraikan konvokesyen anda. Perkara tersebut pasti mengharukan sesiapa sahaja. Sudah tentu sahabat anda itu amat mementingkan ikatan persahabatan yang terjalin.


Sabar
Sahabat baik akan sentiasa sabar melayan karenah anda yang sentiasa berubah-ubah setiap masa. Dia tidak jemu mendoakan yang terbaik untuk anda dan menyokong segala usaha yang telah anda buat.


Berfikiran Terbuka
Seseorang sahabat yang memahami tidak akan menunjuk telunjuk diri sendiri sahaja. Dia mestimudah untuk menerima pendapat anda jika ia lebih baik. Dia juga bukan seorang yang panas baran dan keras kepala kerana sifat ini yang mampu memusnahkan ikatan persahabatan yang terjalin selama ini. Berkongsi pendapat kadang kala membuatkan pekerjaan itu menjadi lebih mudah.


Semangat
Apabila anda menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup, sahabat anda tidak berputus asa memberikan semangat serta kata-kata pembakar yang boleh menstabilkan emosi anda. Segala nasihatnya boleh diguna pakai dan mendatangkan kebaikan. Tidak pun, dia suka memujuk anda ketika merajuk atau pun menangis terutamanya semasa anda tidak kuat untuk menanggung masalah sendiri.


Kebaikan
Sebagai umat Islam, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah ilmu agama. Menjadi peranan setiap sahabat untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain supaya mendekatkan diri kepada Allah SWT tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun. Selain itu, dia juga mengajar anda erti kebaikan dan menghalang daripada melakukan kemungkaran.


Wassalam.

Adab Ketika Berdepan Dengan Masalah


Assalamualaikum.
Kehidupan manusia di dunia ini tidak terlepas dengan ujian daripada Allah. Pelbagai ujian diturunkan kepada insan yang terpilih bagi menilai sejauh mana kekuatan iman seseorang. Islam menggalakkan umatya untuk mengamalkan doa ketika menghadapi sebarang kesulitan.
Doa itu bermaksud; "Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya. Ya Allah, berilah daku pahala dalam musibahku ini dan berikanlah pengganti yang lebih baik." (Hadis Riwayat Muslim)


Antara contoh musibah yang selalu menimpa manusia ialah kesakitan, kematian orang yang disayangi dan sebagainya. Kita dilarang sama sekali untuk meratapi, tetapi sebaliknya kita perlu melunaskan adab-adab yang sesuai ketika berdepan dengan masalah.


Beristighfar
Pertama sekali, kita perlu beristighfar kepada Allah dengan mengucapkan "Innalillahi wainnailaihi raji'un". Ayat pertama yang keluar dari mulut anda ini mampu membuatkan anda tenang seketika dan ingat pada Yang Esa akan ujian yang diterima.


Sabar dan Tabah
Memang dugaan yang diterima agak berat, tetapi kesabaran dan ketabahan itu adalah kunci untuk anda berjaya. Apabila sifat mahmudah ini ditanamkan dalam diri anda, pasti anda tidak akan merungut lagi pada masa akan datang apabila ditimpa sebarang musibah.


Berfikiran Positif
Jangan sesekali merasakan masalah tersebut sebagai bebanan yang sangat berat. Fikiran anda perlu sentiasa positif dengan memikirkan bahawa ia adalah tanda kasih sayang Allah pada hmba-Nya. Tanpa dugaan, hidup anda tidak akan mencabar dan kurang pengalaman hidup.


Siasat Terlebih Dahulu
Apabila masalah anda melibatkan orang ketiga, maka sebaik-baiknya anda perlu menyiasat terlebuh dahulu kebenaran berita tersebut. Sifat manusia ada yang baik dan ada yang jahat. Anda jangan mudah tertipu dengan sebarang aklumat yang disampaikan tanpa anda melihat sendiri perkara tersebut.


Reda
Akhir sekali, anda perlu reda dan pasrah dengan ujian yang diberikan. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apabila anda menerima takdir Allah, dengan izin-Nya anda akan diberikan pahala yang berlipat kali ganda. Jika bertuah, anda mungkin akan menerima berita gembira yang lain selepas itu.


Wassalam.

Rabu, 25 April 2012

Jom Singgah Blog Saya


Assalamualaikum
Malam ni join satu segmen lagi..hikhik.
Jom pakat ramai-ramai join dengan klik di SINI        


SEGMEN JOM SINGGAH BLOG SAYA KLIK DISINI-EXP 27042012

p/s: hingga 27 April 2012 sahaja!

RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com


Antara hadiah menarik yang ditawarkan:
  • Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai
  • Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai
  • Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai
  • Hadiah Saguhati x 10 orang

p/s:Tarikh tamat GA ini pada 07.05.2012 jam 12.00 tengahari.

Aku Suka Dia - Ainan Tasneem





Lirik Lagu: Aku Suka Dia - Ainan Tasneem

D A Em G (Capo 1)
Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Bridge :
Ku terima satu nota..darimu..
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

C/O :
Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia,
Menerima cinta darinya.. Aku suka dia…

Leave the guilt behind when you snack on fried foods.

campaign image
Clicks!
MAD Deal of the day: Get a Princess Fat Free Fryer at RM455 instead of RM569. {20% off]

Fingers have long been pointed at fried foods as one of the causes of obesity. Get Princess' Fat Free Fryer which uses a mix of hot air and infrared to get your snacks fried just the way you love them, without the risk of putting on a few pounds.

Snack on fried foods without any guilt at your friends' place when they buy through your link. Very soon you'll be getting one yourself too! 

Whose look do you rock best?

campaign image
Click!
With their distinct fashion sense, the famous 3 are here to inspire you. Chuckei, Cheesie, Hanis - whose look would you rock the best on the streets?

Take a peek at their favourite pieces from Zalora!

Take a leaf out of their fashion lookbook, and soon you’ll be turning heads just like they do! 

Cepat-cepat..ada Hadiah Percuma...

GIVE AWAY dari 10 April 2012 sehingga 30 April 2012



Korang ikut je syarat-syarat nih..senang je..:-
  1. Macamana pun korang kena klik Blog ai nih..  http://etunamin.blogspot.com/ ..peh tu jangan lupa tinggal komen..kang tak perasan melepas hadiah tu..
    2.   Peh tu, masuk kat LINK MY ONLINE SHOPfollow blog yang nombor 2.. 

   

           tapi kalau nak follow semua sekali lagi bagus..hehehe.. jangan lupa jugak tinggalkan komen kat blog     baru tu..

     3.   Lepas tu korang LIKE PAGE  T-Shirt Xpert punye page..


    4.   Pastikan korang ikut semua yang dituliskan tu yek..kang kalau salah satu tertinggal macamana nak kasi hadiah...

    5.   Senang bukan..tak payah pening-pening kepala..just tekan klik je..
   
Jom Join!



Selasa, 24 April 2012

Tiada suatu pun yang sempurna.


‎~✿>> Tiada suatu pun yang sempurna, namun..CINTA mampu MENYATUKAN DUA INSAN yang TIDAK SEMPURNA untuk membentuk SUATU YANG SEMPURNA..

p/s : PILIHLAH pasangan yang sama-sama mahu BELAJAR dan MENIMBA PENGALAMAN bersama..kemudian mahu BERUBAH ke arah KEBAIKAN DAN KEBAHAGAAN BERSAMA..♥♥
Love. <3
I am trying my best to be the best. Keep learning. :)

Jom Join Bloglist Sahabat Hackers

Click to join!
Wohaa..jom join bloglist sahabat hackers! Sangat menarik kan..hewhew~
Blog ni menarik, tak gitu? dan...agak kemas, tak serabut kepala tengok.. dan yang paling penting tak la berat sangat, cepat je loading. (sangat tidak suka blog yg berat, blog sy berat tak? haha)

Wokeh...papepon, selamat berkenalan ye hackers! Hewhew~

7 Kunci Tip Kekal Langsing

Ops!
1 Mengelak Bahaya yang Tidak Diduga
Diet sering gagal dilakukan kerana:
*Selepas diet, anda merasakan ingin menambah berat badan dengan cepat. Apabila anda amalkan diet secara melampau, metabolisme badan jadi perlahan. Tetapi sevaik-baik sahaja anda makan seperti biasa, metabolisme akan meningkat berkali-kali ganda.
*Anda mungkin hilang fokus apabila menghadiri majlis jamuan makan atau parti. Jika makanan yang terhidang itu tidak menepati pelan diet anda, apa yang boleh anda lakukan? Tepuk dada tanya selera.


2 Prihatin dengan Makanan
Beri perhatian kepada apa anda makan, nikmati setiap suapan dan memilih makanan yang berkhasiat.
*Elakkan gangguan ketika makan. Cuba latih diri untuk tidak makan ketika sedang bekerja, menonton televisyen, membaca, menggunakan komputer atau memandu.
*Kunyah makanan dengan sempurna. Kunyah setiap suapan dengan 40 kali sebelum menelan. Kesannya, ia akan memberi masa yang lama untuk perut berasa kenyang.


3 Strategi Tempur Emosi Makan
Adakah anda makan apabila terasa lapar atau sudah menjadi kelaziman mengambil makanan ringan semasa menonton televisyen? Hakikatnya, apabila anda sudah mengenal pasti punca kecenderungan emosi makanan anda, perlahan-lahan ubah tabiat yang selama ini membantutkan usaha diet anda.
*Jika rasa tertekan atau bosan, carilah aktiviti yang berfaedah seperti bersenam, membaca buku, berendam dalam air suam atau menikmati pemandangan yang indah.
*Jika terasa kesunyian, carilah kawan dan bukannya peti sejuk!


4 Amalkan Makan Buah, Sayur dan Serat
Untuk menurunkan berat badan, anda perlu kurangkan pengambilan kalori, namun itu tidak bermakna perlu kurang makan! Anda masih boleh berdiet selagi anda memilih makanan dengan bijak.
*Jika anda ingin menurunkan berat badan tanpa rasa lapar, mulakan dengan makan makanan tinggi serat. Makanan tinggi serat mengambil masa yang lama untuk dihadamkan. Ini bermakna perut akan terasa kenyang dalam tempoh yang lama.
*Nikmati buah-buahan pelbagai warna seperti strawberi, epal merah, oren, plum, pisang dan syuran hijau.
*Amalkan juga kekacang dan bijiran tinggi serat seperti oat, beras perang, roti gandum.


5 Hadkan Jumlah Makanan
Anda masih boleh menikmati makanan berkalori tinggi seperti ais krim, kek atau coklat. Yang penting adalah makan hidangan 'kecil' itu bersama pilihan kalori yang lebih rendah. Contohnya, ais krim strawberi dan bersama sebatang lobak merah.
*Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil atau dipotong dalam kepingan kecil. Kemudian hidu makanan yang anda ambil dan kunyahlah dengan perlahan-lahan.


6 Pengaruh Sekitar Terhadap Makanan
Usaha menurunkan berat badan sama ada berjaya atau tidak bergantung pada pengaruh sekeliling.
*Mulakan hari dengan sarapan pagi. Dengan bersarapan pagi, metabolisme akan naik dan seterusnya membantu menyihatkan badan.
*Masak sendiri makanan di rumah membolehkan anda mengawal kandungan lemak, natrium dan kalori.


7 Ubah Cara Hidup
Selain mengutamakan pemakanan, anda juga boleh menurunkan berat badan dan berdiet dengan membuat pilihan mengamalkan gaya hidup sihat.
*Dapatkan tidur yang cukup. Tidur yang berkualiti adalah lapan jam.
*Dapatkan banyak senaman. Senaman adalah kawan terbaik ukuran diameter. Ia bukan sahaja membakar kalori tetapi juga meningkatkan metabolisme anda.

Tips Pemilihan Jenis Tudung dan Gaya Seiring Bentuk Muka.

Assalamualaikum.
Hari ini Ana nak share mengenai tip bagi memilih jenis tudung dan gaya yang sesuai untuk digayakan berdasarkan bentuk muka kita.
Cantik :)

Wajah Oval.
Anda bebas memilih gaya tudung yang diinginkan. Walaupun anda menggunakan selendang, anda tetap boleh mengenakan selendang bersama anak tudung. Ini kerana, bentuk wajah sebegini sememangnya menjadi idaman semua.


Wajah Petak.
Tulang rahang anda kelihatan jelas dengan memiliki bentuk wajah sebegini. Bahagian dagu pula kurang kelihatan. Anda perlu bijak menggayakan tudung atau selendang untuk menyembunyikan tulang rahang anda. Caranya, pilihlah gaya lilitan apabila menggayakan selendang. Elakkan membuat ikatan ke belakang tengkuk kerana ini hanya akan memperlihatkan tulang rahang anda.


Wajah Panjang.
Anda memiliki dagu yang panjang. Untuk mengelakkan kening nampak tinggi, anda disarankan memakai anak tudung ke bawah sedikit menghampiri atau menutupi sedikit bahagian kening. Penggunaan anak tudung syria dijangka dapat membantu untuk menutupi sedikit bahagian kening anda yang tinggi. Namun begitu, wajah sebegini sesuai menggayakan apa jua jenis selendang.


Wajah Bulat.
Wajah sebegini disarankan untuk memilih anak tudung yang lebih anjal agar tidak membuatkan pipi anda tampak lebih tembam. Ini akan membuatkan ilusi wajah anda kelihatan memanjang. Anda disarankan memilih selendang yang nipisagar kepala anda tidak kelihatan lebih besar. Selendang pashmina nipis atau mini sangat sesuai untuk wajah anda.


Wajah Segi Tiga atau Berlian.
Seperti bentuk wajah oval, anda bebas menggayakan apa jua jenis selendang. Ini kerana wajah anda yang tirus mudah menggayakan apa jua anak tudung dan selendang. Namun begitu, untuk membuatkan wajah anda tampak sekata, tarik selendang atau anak tudung ke hadapan sedikit pada bahagian rahang agar sekata dengan bahagian pipi dan kening.


Sumber: Majalah Dara.

Keep gadgets running while traveling overseas!

campaign image
Click!
MAD Deal of the day: Get two travel adapters at RM27 instead of RM60. [55% off]

Keep battery levels on gadgets topped up when you're away from home without having to search for additional adapters. With folding feet, these little babies don't only accommodate plug points of different countries, but also get folded away nicely.

Let your friends know and them out on their next travels, and be rewarded when they buy through your link. 

Indulge your bag obsession with Marla London

campaign image
Click!
HiShop Deal: Timeless Marla London bags for all occasions at up to 70% off!

Slouchy bags, cross-body bags, big carry-it-all totes, delicate small handbags… We’re sure all the ladies would understand the need for different handbags for different times, and Marla London has got you covered no matter the occasion with its timeless collection.

If bags are your weakness, head on to Hishop’s sale of up to 70% off Marla London bags. Share this news with your friends too so you get rewarded when they splurge on Marla London bags via your link! 


Dress up for less with the Le Ann sale!

campaign image
Click!
HiShop Deal: Chic, elegant and stylish women's apparel and accessories for 70% off at Le Ann!

Fashion is ever-changing, but style is forever – that’s why it’s important for everybody to have chic, elegant pieces in their wardrobe that will stand the test of time! Style doesn’t have to cost a bomb either, with Le Ann’s wide range of women’s apparel and accessories at an affordable price.

With HiShop’s sale of 70% off women’s apparel and accessories at Le Ann, it’s time for some new additions to your wardrobe. Remember to share this news with your friends too, so you get rewarded when they buy via your link! 


School Leavers, where are you heading?

campaign image
Click!
So SPM results are out, and your friends are making plans! What about you? A-levels or STPM? Private or Public Universities? What course is best for you? Medicine, Communications or Business?

Confused about what your options are after high school? Don’t worry, you’re not alone! The road to your future may be winding and full of different crossroads, what with the many choices available to you now.

That’s where Astro Gradz comes in handy – if you’re looking for support or advice about your options, Astro Gradz will provide you all the career & educational information you need! 

i-Punya Volkswagen Golf TSI!

campaign image
Click!
We love the Volkswagen Golf TSI (who doesn’t?), so what if we told you that you could get one of those beauties for yourself without desperately skimping on meals to afford those big monthly installments? 

All you need to do is sign up for any P1 plan, starting from RM 39/month today and you stand to walk away with this sporty ride. There are more than RM 180,000 worth of prizes up for grabs, including the new Samsung Digital Camera, Samsung Galaxy Note and X-Mini speakers!

P1’s i-Punya Buy & Win Contest is open to all new users registered between April 20th – June 17th , 2012. Hurry up! Sign Up Now and you may just paint the town red in your new ride! 

Isnin, 23 April 2012

CONTEST : I LOVE MY FRIENDS

Click to join.:)
Kali ni Ana nak join segment ni. Hihi. Ana tak aim untuk menang pon, just join sebab masa ni la kan nak kenalkan kawan-kawan yang Ana sayang kat kawan-kawan blogger semua. Semua orang ada kawan, Ana pon ada kawan juga. Tanpa kawan hidup kita pasti akan sunyi, hambar, gelap....kawanlah yang akan menguatkan diri kita pabila kita sedih dan berduka, kawanlah yang selalu akan mendorong kita untuk berjaya, kawan yang baik akan bersama kita tidak kira pada waktu susah atau senang. LOVE you guy, my lovely friends!

Aadila, Najwa & Ana.
Wokeh,ini gambar Ana dengan kawan-kawan baik Ana..hihi. Best gile kawan dengan mereka berdua ni. Sangat mengambil berat, sabar, baik hati, cantik, penyayang dan macam-macam lagi la...

Kawan-kawan PLKN
Ni pulak gambar Ana dengan kawan-kawan PLKN Ana. Hihi. Sangat best kawan dengan dorang semua. Kami dah macam adik-beradik je masa kat PLKN dulu. Pergi ke mana-mana bersama-sama, makan sama-sama, buat jahat sama-sama dan macam-macam la. Totally miss you guy! Entah bila la nak jumpe balik korang kan. Uhuks.

p/s: wanna tag Cik Awa. hihi.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...