Jumaat, 31 Ogos 2012

September Wish

Assalamualaikum.

Lama gila tak menaip, lama gila tak lepak berjam-jam kat blog orang lain, lama gila tak make up kan blog ni, lama gila tak update cerita-cerita terhebat , lama gila tak borak-borak dengan blogger, lama gila tak........macam-macam la.

Kalau ikutkan memang setiap masa, setiap waktu nak menatap je blog kesayangan ni. Tapi, apakan daya...masih ada banyak perkara yang perlu diselesaikan. Well. Sekarang kan dah berkerjaya sikit. I kan buzy kerja. Ahaha.

Yups. Bila kerja ni tak ada banyak masa nak update mahupon menulis ayat yang panjang berjela apatah lagi bergosip pasal artis-artis tanah air mahupon luar negara. Ana kerja apa? Well..nantikan post akan datang. Tu pon kalau rajin nak tulis. Maybe.

Malangnya dah berhenti kerja dah pon. Apa tak nya. Lagi 2 hari nak daftar masuk ipta. Ehem. Seperti kalian ketahui..UM, kos chemical engineering.

Apa kena mengena dengan #SeptemberWish pulak ni. Ahahaha. Well. Nak masuk u ni sapa la nak tanggung Ana. Tidak lain dan tidak bukan lagi sangat mengharapkan untuk mendapat JPA. Serius! Nervous gila ni. Harap sangat2. Kalau tak dapat...emmm.. PTPTN la gamaknya. Syukur lah daripada tak ada langsung. Kan.

Wokeh. Sejak dua tiga menjak ni Ana sangat la rajin melayan twitter. So, u guy boleh la follow ye. @fana66

Sebelum beredar... Selamat Hari Raya Aidilfitri. Hehe. Gila lambat la Ana wish. Ahaha. Ok what. Better late than never.

Akhir kata, doakan Ana dapat survive alam universiti ni even masuk u yang sama masa asasi dulu...but cara belajar lain sikit. Tak ada suapan dari lecterur dah. Uhuks. Tak boleh nak manja2 dah. Hidup mesti berdikari! Wohaa.

Wassalam.

Ahad, 5 Ogos 2012

Harapanku


Esok biasiswa JPA buka. Dah lama gile tunggu wehh. Ana mesti dan semestinya apply biasiswa ni. Kalau tak....alamatnya PTPTN le. Hutang..hutang... Haish. Hopefully dapat le ye. Doa banyak2 semoga dapat biasiswa ni. Dalam banyak2 biasiswa yang Ana apply, semuanya tak dapat respond yang baik. Tidak layakkah Ana? Padahal result exam Ana agak mantap. Sabar, sabar. Rezeki...Allah yang tentukan. Insyaallah, kalau ada rezeki tak ke mana pon. Hopefully dapat le. Ana bukan le kaya sangat pon. Nak dapat biasiswa PaMa memang tak la. Pa dah tak da. Ma pulak memang tak cukup duit la. Ramai lagi adik2 Ana yang masih sekolah. Nak pakai duit lagi. Haish. Duit, duit. Alangkah bagusnya kalau ada pendidikan percuma. Malangnya...mana ada benda percuma dalam dunia ni. Kalau semua percuma..tak payah score pon tak pe..tak ada dah persaingan dalam pembelajaran. Ye tak.

Ahaha. Anyways...esok mesti apply...wohaaa..and hopefully Ana dapat la kan. Weee.

Wassalam.

Sabtu, 4 Ogos 2012

I'm sorry



Dear my LOVE,


I'm sorry for hurting you, like the way I do
I'm sorry for the hurtful things I always say to you
We know the fight will never last
but still the amount they do
I'd like to say I'm sorry for everything I put you through.

It kills me when we fight, and it scares me to
I always make you cry and it kills me when you do
As I write this now, I know this much is true
I love you with all my heart and will always be with you.


p/s: I will always, always love you dear.

Bahagiakah Aku




Bahagiakah aku? Satu persoalan, satu keraguan dalam hati ini..


Aku memang suka dia, ingin mengenali dia dengan lebih rapat, ingin disukai dan menyukai dan sebagainya...


Tapi faktor sikap aku yang mungkin agak keterlaluan, telah menjauhkan diriku dari dirinya? Apakah? Biar aku dan dia sahaja yang tahu. Tambah-tambah lagi bila ada campur tangan pihak luar...membuatkan aku patah semangat..bukan kerana aku lemah, tapi kerana aku yakin aku masih ada lagi harga diri yang perlu dipertahankan. Aku tidak mahu terus menerus merayu dan dirayu. Biarlah cukup sampai di sini sahaja.


Actuaally, aku agak terkilan jugak sebab semua teman-temanmu mengetahui apa yang sedang berlaku antara kita. Aku percaya pada kau, tapi kau khianati aku. Sungguh. Aku berasa sangat malu. Malu pada diri sendiri, malu pada kau, malu pada teman-teman kau. Tak bisakah hal itu menjadi rahsia di antara kita sahaja.


Aku harap sangat dapat lupakan segalanya. Banyak lagi perkara lain yang perlu aku fokus.  Aku tak mahu kecundang di tengah jalan. Mungkin aku bisa kecundang pada hal sebegini, tapi bukan selamanya aku akan kekal kecundang. Aku pasti akan bertemu dengan yang bisa menjagaku lebih baik dari dirimu. ILYSM. Aku harus mengalah. Aku bukan untukmu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...