Jumaat, 31 Ogos 2012

September Wish

Assalamualaikum.

Lama gila tak menaip, lama gila tak lepak berjam-jam kat blog orang lain, lama gila tak make up kan blog ni, lama gila tak update cerita-cerita terhebat , lama gila tak borak-borak dengan blogger, lama gila tak........macam-macam la.

Kalau ikutkan memang setiap masa, setiap waktu nak menatap je blog kesayangan ni. Tapi, apakan daya...masih ada banyak perkara yang perlu diselesaikan. Well. Sekarang kan dah berkerjaya sikit. I kan buzy kerja. Ahaha.

Yups. Bila kerja ni tak ada banyak masa nak update mahupon menulis ayat yang panjang berjela apatah lagi bergosip pasal artis-artis tanah air mahupon luar negara. Ana kerja apa? Well..nantikan post akan datang. Tu pon kalau rajin nak tulis. Maybe.

Malangnya dah berhenti kerja dah pon. Apa tak nya. Lagi 2 hari nak daftar masuk ipta. Ehem. Seperti kalian ketahui..UM, kos chemical engineering.

Apa kena mengena dengan #SeptemberWish pulak ni. Ahahaha. Well. Nak masuk u ni sapa la nak tanggung Ana. Tidak lain dan tidak bukan lagi sangat mengharapkan untuk mendapat JPA. Serius! Nervous gila ni. Harap sangat2. Kalau tak dapat...emmm.. PTPTN la gamaknya. Syukur lah daripada tak ada langsung. Kan.

Wokeh. Sejak dua tiga menjak ni Ana sangat la rajin melayan twitter. So, u guy boleh la follow ye. @fana66

Sebelum beredar... Selamat Hari Raya Aidilfitri. Hehe. Gila lambat la Ana wish. Ahaha. Ok what. Better late than never.

Akhir kata, doakan Ana dapat survive alam universiti ni even masuk u yang sama masa asasi dulu...but cara belajar lain sikit. Tak ada suapan dari lecterur dah. Uhuks. Tak boleh nak manja2 dah. Hidup mesti berdikari! Wohaa.

Wassalam.

0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...