Isnin, 14 Oktober 2013

Pengaruh duit


"Besar mana pengaruh duit sebenarnya?"

"Big enough to make sane people kill. Tak rasa macam tu?"




Orang nerd yg baik pun boleh kelabu fikiran dgn duit kalau peluang tu dah ada kat depan mata. Tapi tak boleh dinafikan, hal duit memang boleh buat org jadi desperate!

Memang betul pun. Kalau tak, takkan la ramai org yg jadi peragut, perompak, penyamun bagai. Apabila masuk hal duit mmg lumrah kalau org tak pandang halal haram. Yang penting, baham!




"Orang kat Malaysia ni terlampau tengok status sangat. Masyarakat kita memang sangat superficial. Nak buat macam mana."

"Kenyataan. Kalau nak ikutkan, orang macam kita ni memang tak ada  orang nak pandang la, huh? "

"Pandang diri sendiri dalam cermin dah la."

"Buat aku rasa inferior tiba-tiba."

"Walaupun kita ni bukan bakal doktor ke, lawyer ke, engineer ke, tapi tu tak bawa maksudyang kita ni inferior daripada orang-orang yang disebut tu ke?"

"Ikut hukum orang Malaysia ni munkin la kut. Ingat nak ke makcik-makcik kat kampung tu nak bagi anak dara dia kahwin dengan seniman?"

"Kalau kita sendiri yang tunduk dengan tanggapan tu,memang sampai bila-bila la pun kita tunduk je. Rendah diri tak kena tempat namanya tu. Buat lah kerja apa sekalipun, janji kerja tu halal dan kau happy, nak kisah apa lagi. Tak kisah la nak kira kolar putih ke, kolar biru ke,kolar kelabu ke, kolar belang-belang ke, janji kau buatkerja halal yang buat kkau  happy. Nak kisah apa?"

"Susah nak ubah mentaliti orang keliling ni."

"Masa aku travel kat Brisbane dulu, aku tengok tukang sapu sampah denganconstruction worker dia bangga gila je dengan kerja dorang. They carried themselves with pride and respect. Satu taraf dengan white collar proffesionals kalau nak tengok tahap kebanggan dorang tu. Bila la Malaysia nak jadi macam tu agaknya. Kata nak sangat ikut modernization Barat. Benda macam tu tak nak ikut pulak."




Kalau terdampar di tengah padang pasir kontang, ingat makn duit tu boleh buat kenyang? Waktu tu not merah, hijau atau biru  memang betul sama nilau dengan debu.



"Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit tu bukan dibuat kiblat, hanya sebagai alat."




#Hlovate. Contengan Jalanan.



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...