Ahad, 13 Oktober 2013

Sense of completeness

Bismillah. Asslamualaikum.

"Aku jealous."

"Kau nak jealous apa ke bendanya? Nak ikutkan kerja kau tu lagi besar daripada kerja aku. Syarikat hantar pergi overseas siap. Dah la tiket pergi-balik pon diorang bayarkan. Aku ni overseas yang Sabah Sarawak tu pon belum mampu nak jejak."

"Kau ingat bahagia tu datang dari kerja besar, dengan flight tiket ke?"

"Well, money is not everything, but it sure make a lot of differences."

"Tapi bahagia and the sense of completeness tu tak boleh nak dibeli dengan duit."

"Yang kau tiba-tiba dah gaya bunyi macam Master Yoda waktu tengah senja ni kenapa?"

"Listen to me my young grasshopper, Jedi Padawan. Happiness is a nothingness without completeness."




Kalau benar bahagia tu bukan datang daripada duit dan kerjaya, apa benda yang melengkapkan hidup sebenarnya? Tapi yang nyata, kasih sayang memang melengkapkan bahagia. Tak kisahlah dalam bentuk apa atau daripada siapa.




"Kena mula fikir dari sekarang."

"Lama lagi la. Buat serabut kepala je kalau  nak fikir dari sekarang  pun."

"One who fails to plan is planning to fail."

Usia muda lagi ni.. malas nak fikir benda yang jauh di depan sebenarnya. Kalau benda nak jadi, memang akan jadi jugak. Tak ke kira macam tu? Follow the flow, tak gitu?

"Masa depan ni kena rancang."

"Tapi kalau benda nak jadi, memang akan jadi je pun, tak ke macam tu? Rancang macam mana pun, kalau bukan dah benda tu yang tersurat, memang tak akan jadi jugak, tak ke?"

"Kalau cakap macam tu, tak ke sama kalau kita tak payah buat apa-apa langsung dalam hidup? Semua orang tau yang dia bakal mati. Buat apa sekali pun, sudahnya akan mati juga. Dah tu baik kita duduk diam jetak payah buat apa tunggu mati, macam tu?"

"Bukan la maksud macam tu..."

"Dah tu?"

"Lagi suka siapkan satu benda dalam satu masa. Fikir jauh-jauh sangat kadang-kadang buat berangan je lebih, tak bawak ke mana."

"Hidup belum mula betul lagi ni. Elok siapkan perancangan masa depan dari sekarang."





The man that decided to change on 12th hour dies on the 11th.



Huh. Hajat tak sampai?


Kalau mati sekarang sebelum habiskan degree, adakah cukup untuk buat hati rasa terkilan? Entah. Masuk kubur nanti bukannya jawab soalan berdasarkan degree pun. Tak ke macam tu?

Kalau mati sekarang sebelum sempat nak bina kerjaya, adakah buat diri rasa kerugian? Entah. Apabila dah dalam kubur duit dan pangkat bukannya bawa apa-apa makna.

Kalau mati sekarang sebelum sempat kahwin, adakah akan buat diri rasa berputih mata? Entah. Walau dah kahwin sekalipun, masuk kubur tetap juga sorang-sorang.

Berpusing kepala terasa dibuatnya memikirkan soalan tu. Dah tu... kalau semua benda tu tak terasa sayang nak ditinggalkan, teruskan hidup samapi hari ni untuk apa sebenarnya?

Cukupkah sekadar harta, kerja dan keluarga jadi sebab untuk berptih mata kalau itu hajat yang tak tercapai sebelum meninggalkan dunia?




"Aku rasa life aku sekarng macam tak ada benda yang aku regret kalau tak sempat nak capai sebelum mati."

"Tu namanya lifeless life. Aku rasa tu namanya cukup dengan apa yang ada. Betul itu apa yang kau rasa?"

Terdiam. Betul ke? Cuba memikir balik. Ada ke rasa sesuatu yang kosong? Something hollow inside.



Hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini hendak ke mana.



#Hlovate. Contengan Jalanan.


0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...