Jangan sesekali meluahkan keprihatinan kamu di hadapan orang ramai. Ajak teman kamu ke satu tempat yang jauh dari orang di mana tidak ada yang akan mengganggu dirinya. Kamu juga boleh merancang waktu yang spesifik untuk mengelakkan sebarang gangguan atau halangan..
2 Pilih tempat yang paling baik.
Hindari berbincang di rumahnya atau di rumah kamu. Tempat tinggal dianggap sebagai "halaman" seseorang dan menghadapi konflik di rumah akan berakhir pada pengusiran. Sebaliknya, rancang pertemuan kamu di tempat-tempat seperti taman, kafe atau di dalam kereta kamu.
3 Gunakan pendekatan yang positif.
Tenangkan diri kamu dan sentiasa ingat bahawa kamu akan cuba membantu sahabatmu dan bukan untuk menghakiminya. Tulis dan latih kata-kata kamu sebelum bertemu dengannya. Harus diingat, pilihlah dengan hati-hati istilah yang tidak akan meninggung konflik yang lebih besar.
4 Berikan si dia kesempatan berbicara.
Jangan menguasai perbicaraan ataupun hanya mendengar sahaja alasan-alasan yang diberikannya. Sebaliknya, ajukan beberapa pertanyaan dan dengarkan dengan sabar setiap jawapannya. Bincang hal ini secara dalam-dalam, bawa sahabat kamu untuk melihat konsekuensi dari apa yang dilakukannya.
5 Berikan dia waktu.
Jika sahabat kamu menjadi marah dan mahu memutuskan tali persahabatan, berikan dia waktu untuk menyembuhkan luka hatinya. Kemudian kembalilah berhubung dengannya untuk menunjukkan komitmen terhadap persahabatan tetap berjalan. Sebelum menjadi terlalu lama, mulakan perbicaraan dengan cara yang lebih berhati-hati.
6 Minta bantuan pihak ketiga.
Jika perlakuannya terlalu bermasalah, melanggar undang-undang atau tidak bermoral, kamu mungkun memerlukan bantuan daripada pihak ketiga. Bicarakan pada anggota keluarga yang boleh dipercayai atau sahabat yang sedia membantu membicarakan hal tersebut. Menjadi sahabat sama ertinya menjadi anggota keluarga.
1 pesanan buat saya :):
nice tips.. mesti sweet je dgn kwan kan
Catat Ulasan