Isnin, 2 Julai 2012

Tak sihat vs gembira.

Assalamualaikum.

Dah lama Ana tak menaip. Badan tak sihat sangat. Actually satu rumah dilanda virus infection tapi lain orang lain-lain simptom. Entah le. Pelik benonye. Mula-mula Firas, anak buah Ana yg berusia 2 tahun masuk wad dulu dari hari rabu hingga jumaat. Then, adik dia pulak, Rayyan (1 tahun) masuk wad dari Ahad hingga Selasa. Makcik-makcik dia yang lain semua dah badan lembik dah, muntah, cirit-birit, demam dll.


Hmmm...Then tak lama pulak tu.....Ana pulak yang kene....mula-mula cirit-birit...then pening kepala kejap pastu terus muntah. Nak bangun pagi memang tak terdaya la. Kepala rasa berat sangat, pening gile kot. Tunggu tido lama sikit baru ok sikit. Sehari je Ana tak pergi kerja, hari lain Ana gagahkan diri jugak bangun pergi walaupun tak larat sangat.


Tapi masa Ana tak pergi kerja sehari tu ada hikmahnya. Ana dapat check email Ana. Yeah!

Sukacita dimaklumkan anda telah terpilih untuk menghadiri kem pemilihan biasiswa Yayasan TM 2012. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: 03 Julai 2012 hingga 05 Julai 2012.

Tempat: Kolej Kesembilan (9), Universiti Malaya, Bangsar, K.L

Pendaftaran: 9.00pagi hingga 10.00pagi (Kolej Kesembilan (9), Universiti Malaya, Bangsar, K.L)


Alhamdulillah. Mujur lah Ana sempat berikan respon kehadiran. Kalau tak...hmm.
Apa-apa pun, doakan Ana dapat lalui kem ni dengan jayanya. Hopefully badan Ana tak banyak meragam. Lately, bila malam je, badan mesti naik suhu, pening-pening kepala. Dah rupa zombi dah. Then Ahad pulak tiba-tiba suhu badan Ana naik tambah pulak dgn batuk yg tak henti2. Terus je Kak Nor bawak Ana pi HKL. Hmm. Jangkitan kuman. Kali ni ada check darah dan x-ray sekali. Darah Ana Ok. Tapi...doktor kata ada infection kat bahagian paru-paru Ana. Patut la rasa sakit je bile batuk.


Anyway, hopefully Ana get better soon and dapat jalani kem ni dgn riang gembiranya. Doakan kejayaan Ana ye kawan-kawan. Terima kasih. Arigato. Jasamu akan kukenang selalu. Hewhew.


Wassalam.

 
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...