Rabu, 21 Ogos 2013

Isu PTPTN

Bismillah. Assalamualaikum.

Bagi pendapat saya, PTPTN bukan dicipta untuk menyusahkan. Tetapi tujuan asalnya adalah untuk membantu pelajar yang tidak layak mendapat pemberian biasiswa melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Harus diingat, kebanyakan mahasiswa yang menggunakan kemudahan PTPTN merupakan mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Sekiranya keluarga mereka mampu, sudah tentu mereka tidak meminjam dana PTPTN.

Dasar PTPTN yang liberal sudah cukup membebankan generasi muda dan jika langkah menyenaraihitam peminjamnya itu dilakukan, hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. 

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh telah mengumumkan PTPTN akan melaksanakan penyenaraihitaman peminjam PTPTN yang ingkar kepada CCRIS, bermula bulan ini. Menerusi langkah itu, peminjam PTPTN yang ingkar akan menerima kesan dalam kemudahan institusi kewangan seperti permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli kenderaan dan rumah.

Ya, memang tidak dapat dipertikaikan tanggungjawab peminjam yang mampu dan berpendapatan baik untuk membayar semula hutang PTPTN. Namun bagaimana pula dengan nasib tindakan itu terhadap peminjam yang terpaksa bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan berasal daripada keluarga tidak berkemampuan? Mungkin ada yang sedang bergelut dengan kadar upah dan gaji yang rendah di samping dibebankan harga rumah dan kereta yang tinggi. Kesannya, mereka berhadapan dengan pelbagai hutang yang berpanjangan.

Harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi dan keperluan memiliki kelulusan sama ada diploma mahupun ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda itu.

Nah, jika pinjaman PTPTN yang sepatutnya memudahkan pelajar untuk belajar pon kian menyusahkan saban hari, tidak hairan jika satu hari nanti makin ramai yag memilih untuk terus bekerja seusai tamat SPM dek takut menghadapi kemungkinan yang tidak diingini. Apakah nasib yang akan menimpa golongan begini? Renungkan.

Maka, sewajarnya isu ini perlu dikaji lebih mendalam lagi oleh pihak kerajaan sebelum dilaksanakan.



B
Kenapa pinjam PTPTN?
Sebab nak masuk U!

Kenapa nak masuk U?
Sebab nak dapat kerja!

Kenapa nak kerja?
Sebab nak bayar PTPTN!



0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...