Isnin, 30 September 2013

Cukuplah ALLAH bagi aku..





Dalam hidup kita ni, akan ada prlbagai masalah... masalah cinta, putus cinta, salah faham dan macam-macam lagi la, yang putus cinta tu... tak perlulah nak frust menonggeng, ingatlah kita masih ada Allah yang sentiasa menyayangi dan melindungi kita, andai perasaan sedih dan kecewa itu datang menerjah,
bisikkanlah didalam hati... jika dia tidak ada untuk aku...

" Cukuplah ALLAH bagi aku.. "



Khamis, 19 September 2013

Sory la... tak sengaja.

Bismillah. Assalamualaikum.

Rasa bersalah sangat sekarang. Kenapa? Sebab rasa kesal sikit dengan sikap sendiri yang kadang-kadang suka hati je marah-marah orang lain.

Kadang-kadang tu marah tu tak dapat nak kawal. Setiap orang ada tahap kesabaran yang tertentu.

Bila renung balik...

Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah.

Dalam banyak kitab, ada disebut cara mengatasi kemarahan. Antaranya: ubah posisi – jika berdiri, duduk, jika duduk, berbaring. Ada juga yang kata jika marah, diam. Nabi SAW pula mengajarkan kita mengambil wudhuk agar dapat menyejukkan hati kita kembali. Kemudian dirikan solat sunat mutlak. Mohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan dengan istiazah (A’uzubillahi minasshaitonirrajim).

Sebagai umat Islam, kita mesti sentiasa berdoa. Orang yang tak berdoa ialah orang yang sombong dan tidak berhajat pada Allah. Dalam Islam, doa itu dikatakan sebagai ‘otak’ ibadat. Kita perlu buat 3 benda – berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Dalam satu hadis, datang seorang lelaki menemui Nabi SAW dan meminta nasihat. Lalu, Nabi SAW berpesan, “La tardhob, La tardhob, La tardhob (jangan marah)”

Banyakkan beristiazah dan doa yang bermaksud, “Ya Allah ampunkan dosaku, jauhkan segala kemarahan yang berada di dalam hatiku, dan lindungi aku daripada tipu-daya syaitan”. Kemudian, bertawakallah pada Allah.


" Hurting someone can be easy as throwing a stone in the sea. But do you have any idea how deep that stone can go? "

"Sory laa... tak sengaja.".. mudah nak diungkap.

Tapi.. berapa ramai yang mudah je nak memaafkan secara keseluruhannya? Mesti at least ada lagi saki baki api kemarahan, dendam, sakit hati yang berbekas dalam jiwa.

Dan sesungguhnya, Ana sebagai manusia biasa tak terlepas dari buat salah, tiba-tiba marah tak tentu pasal even punca dia bende remeh je....

Dan Ana juga tak mudah nak memaafkan sesseorang itu secara keseluruhan. Mungkin bergantung kepada tahap mana kesalahan seseorang  itu terhadap kita.

Jadi... jika diri sendiri pon susah nak memaafkan orang lain, jangan nak expect lah orang lain juga mampu memaafkan kita dengan mudah.

There's always give and take. What you give, you get it back.

Oleh itu, selagi nyawa masih ada, selagi beroleh rezeki menikmati hidup di dunia ini, Ana nak mohon maaf sangat-sangat kepada sesiapa sahaja yang pernah sakit hati, terguris, terasa dengan sikap Ana. Maafkan diri Ana yang serba serbi ada kekurangan.

Wassalam.


Sabtu, 14 September 2013

Isteri marah ?

Bismillah. Assalamualaikum.

Buat si suami, pernah tak hadapi situasi dimana isteri kadang kala marah tak tentu hala. Jadi untuk memenangkan perasaan si isteri. Suami boleh baca doa ini. Ia juga boleh dibaca kedua-dua suami isteri . Insya'allah


Allahumma Rabba Muhammadin Ighfirlii wa adzhib ghaizha qalbii wa ajirnii min mudhillaaatil' fitani

"Ya Allah Ya Tuhan Muhammad! Ampunilah segala dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan dan lindungi aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan."

sumber : bacaanharianku.blogspot.com



Rabu, 11 September 2013

New Semester Begin

Bismillah. Assalamualaikum.

Selamat datang ke Semester 3 sesi 2013/2014 ye Cik Farhana. :)

New semester just begin. Subject yang perlu diambil sem ni pon agak boleh tahan dia punya toughness and hardness dia. Usaha pon perlu berlipat kali ganda. Kena kurangkan segala lara dan aktiviti yang tak bermanfaat.

Mungkin..mungkin... aktiviti pulang ke rumah almost every weekend pon perlu dikurangkan. Kena stay kat kolej and study more... *sigh

Result sem lepas lepas terus menghantui Ana... tapi....


Bila borak-borak dengan Hanisah dan Ein, terus rasa boost sikit semangat nak belajar.

No matter kalau rasa down or whatsoever... think back, there will be some people who is worse than you, yang lebih tak bertuah dari diri kita.

Just thinking back apa yang Hanisah cakap...

Check back our niat untuk belajar? For what? For our parent? To get a good job then give mony to them?

Not really... actually kita kena betulkan balik niat belajar kita ni. Niat belajar kerana Allah. Everything you do.... niatlah kerana Allah. Because whatever after that will come to you smoothly. 

First you niat dah betul, you belajar pon mudah nak faham, then In Shaa Allah dapat lah score and dpt cgpa yang bagus, and then dpt kerja yang bagus, then dapat lah bantu family and anyone around you.

Bila fikir balik... ye..betul jugak. Mungkin niat Ana selalu menyimpang bila belajar, asyik pikir nak score and dapat cgpa yang bagus, then banyak sangat dosa sebab banyak sangat lara and main-main kot...




Oleh itu....

Mari kita betulkan niat belajar kita.

Moga-moga sem baru ni lebih bagus dari sem yang lepas.

Aminn.. :)


Jumaat, 6 September 2013

Ya Allah, aku rindu.

Bismillah. Assalamualaikum.

Selalu;
We worry of those whom we haven't talked to for so long.
We worry of those whom we haven't met for so long.
Diorang kecik hati ke? diorang merajuk ke?
We wonder to ourselves, have we not taken a good care of our silaturrahim (relationships) with others?

Tapi;
The truth is, we won't ever be able to take care of all the relationships that we have. be it with the close ones, or even ones that we have just met.
But the beautiful thing here is, when we do remember them, we are always able to make do'a for them.
Without having to post them gifts.
or give them well-wishes.
or post things on their wall.
or poke them on facebook.
Just make do'a for whoever comes to our mind, and post it to Allah.
InsyaAllah, He Takes Care of the rest. As if kita jaga hubungan dengan Allah, nescaya akan terjaga hubungan dengan Manusia.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah SWT." (Hadis Riwayat Muslim)


Sungguh. Aku rindu teman-teman yang selalu setia di sampingku tika ku susah dan senang. Hidup merantau jauh dari keluarga telah mengurniakan ku ramai rakan-rakan dari pelosok negeri.

Jika mahu dikira.... sungguh ramai. Dari bangku sekolah rendah, kemudian berhijrah ke sekolah asrama penuh, kemudian memasuki kem plkn, kemudian zaman asasi dan hinggalah sekarang, universiti. Sungguh ramai insan-insan yang sudi menjadikan daku teman mereka. Sungguh, aku syukur kerana diberi peluang mengenali kalian.

Tapi...dalam ramai-ramai tu...  tak semua kita mampu nak tegur. Ye, hidup mesti diteruskan. Tapi... adakah ukhwah yang sudah terjalin itu perlu dilupakan beitu sahaja?

Kadang-kadang, terasa nak tegur kawan-kawan yang sudah lama kita tak tegur tu. Tapi, tiap kali tu lah... lidah kelu diam membisu seribu kata. Macam tak ada idea langsung macam mana nak mulakan perbualan. Nak expect orang lain tegur dulu? Dia pon mungin sibuk macam kita jugak kan. And why not kadang-kadang tu kita pulak yang mulakan.

Tapi..I told you yaaaa... kadang-kadang memang rasa kekok sangat bila nak start perbualan dengan orang yang dah lama kita tak tegur. Rasa awkward sangat-sangat. Memang lah mudah cakap, 'chill laa..'. Tapi hati kita.. sape tahu kan. Even orang yang nak ditegur tu boleh digolongkan teman-rapat-gila-kot masa dulu-dulu. Tambah-tambah dalam bab nak jaa perasaan supaya terguris. Tak nak lah kene cop sebagai kawan yang bila susah baru ingat nak cari kawan. Ye dak? Eemm.. lagi takot kalau tiba-tiba kene cop kawan MLM. Haaa..naya je..

Well, bab MLM ni siyesly dah pernah kena teruk dah. Bila ingat balik memang rasa nak mengamuk, nak maki, nak sepak bagai... Sungguh.

Agak-agak ada tak ye tips kurangkan rasa gugup nak tegur kawan lama-lama ni ye. Nak hilangkan rasa awkward. Setakat post banyak-banyak rindu kat fb yang kita rindu kawan tapi haprak tak da usaha nak pergi jumpa and tegur buat apa kan. And jangan lah nak expect kawan nak rajin mesej kita all the time. Setahun sekali wish selamat hari raya pon kira ok la. Tak pon, klu untung skit, wish birthday. Tu pon harap notification dari fb je sebab mustahil nak ingat semua tarikh lahir kawan kann.

Eemm..bila macam ni.. adakah sudah terjaga hubungan ku sesama manusia? Wallahu.


Radio baru

Bismillah. Assalamualaikum.

Fuyyooo... Sekarang UM dah ada radio rasmi sendiri. Ekeke.... Anda kini boleh mendengarkan siaran percubaan UMalaya Radio yang sedang bersiaran dari Dewan Tunku Canselor UM di laman Portal Rasmi Pelajar UM (http://myum.um.edu.my/) #RentakInformasiTerkini





Khamis, 5 September 2013

Impak 20 sen.

Bismillah. Assalamualaikum.

Baru-baru ni Malaysia kecoh dengan isu kenaikan harga petrol. Isu 20 sen. 20 sen je kot. Tapi....tapi...20 sen pon banyak babe. Nak dapat 20 sen pon bukan senang. Contoh termudah, tengok 8Share tu. Haaaa...

Tapi syukur Alhamdulillah sebab kad bas UM dah tak perlu bayar dah walaupun harga minyak naik. Ingat lagi last two sems, kena beratur panjang di HEP sebab nak beli kad bas. Tapi sekarang tak perlu dah. :) Tapi... pastikan anda pamerkan kad matrik untuk menaiki bas. 



Ahad, 1 September 2013

A blind girl.

Assalamualaikum.

Here, is a story that I am would like to  share with all of you.

There was a blind girl who hated herself just because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend.


One day, someone donated a pair of eyes to her and then she could see everything, including her boyfriend. Her boyfriend asked her, “now that you can see the world, will you marry me?”

The girl was shocked when she saw that her boyfriend was blind too, and refused to marry him. Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying:

“Just take care of my eyes dear.”

This is how human brain changes when the status changed. Only few remember what life was before, and who’s always been there even in the most painful situations.


Life Is A Gift

Today before you think of saying an unkind word–
think of someone who can’t speak.

Before you complain about the taste of your food–
think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife–
think of someone who is crying out to God for a companion.

Today before you complain about life–
think of someone who went too early to heaven.

Before you complain about your children–
think of someone who desires children but they’re barren.

Before you argue about your dirty house, someone didn’t clean or sweep–
think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive–
think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job–
think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another–
remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker.

And when depressing thoughts seem to get you down–
put a smile on your face and thank God you’re alive and still around.

Life is a gift – Live it, Enjoy it, Celebrate it, and Fulfill it


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...