Khamis, 19 September 2013

Sory la... tak sengaja.

Bismillah. Assalamualaikum.

Rasa bersalah sangat sekarang. Kenapa? Sebab rasa kesal sikit dengan sikap sendiri yang kadang-kadang suka hati je marah-marah orang lain.

Kadang-kadang tu marah tu tak dapat nak kawal. Setiap orang ada tahap kesabaran yang tertentu.

Bila renung balik...

Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah.

Dalam banyak kitab, ada disebut cara mengatasi kemarahan. Antaranya: ubah posisi – jika berdiri, duduk, jika duduk, berbaring. Ada juga yang kata jika marah, diam. Nabi SAW pula mengajarkan kita mengambil wudhuk agar dapat menyejukkan hati kita kembali. Kemudian dirikan solat sunat mutlak. Mohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan dengan istiazah (A’uzubillahi minasshaitonirrajim).

Sebagai umat Islam, kita mesti sentiasa berdoa. Orang yang tak berdoa ialah orang yang sombong dan tidak berhajat pada Allah. Dalam Islam, doa itu dikatakan sebagai ‘otak’ ibadat. Kita perlu buat 3 benda – berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Dalam satu hadis, datang seorang lelaki menemui Nabi SAW dan meminta nasihat. Lalu, Nabi SAW berpesan, “La tardhob, La tardhob, La tardhob (jangan marah)”

Banyakkan beristiazah dan doa yang bermaksud, “Ya Allah ampunkan dosaku, jauhkan segala kemarahan yang berada di dalam hatiku, dan lindungi aku daripada tipu-daya syaitan”. Kemudian, bertawakallah pada Allah.


" Hurting someone can be easy as throwing a stone in the sea. But do you have any idea how deep that stone can go? "

"Sory laa... tak sengaja.".. mudah nak diungkap.

Tapi.. berapa ramai yang mudah je nak memaafkan secara keseluruhannya? Mesti at least ada lagi saki baki api kemarahan, dendam, sakit hati yang berbekas dalam jiwa.

Dan sesungguhnya, Ana sebagai manusia biasa tak terlepas dari buat salah, tiba-tiba marah tak tentu pasal even punca dia bende remeh je....

Dan Ana juga tak mudah nak memaafkan sesseorang itu secara keseluruhan. Mungkin bergantung kepada tahap mana kesalahan seseorang  itu terhadap kita.

Jadi... jika diri sendiri pon susah nak memaafkan orang lain, jangan nak expect lah orang lain juga mampu memaafkan kita dengan mudah.

There's always give and take. What you give, you get it back.

Oleh itu, selagi nyawa masih ada, selagi beroleh rezeki menikmati hidup di dunia ini, Ana nak mohon maaf sangat-sangat kepada sesiapa sahaja yang pernah sakit hati, terguris, terasa dengan sikap Ana. Maafkan diri Ana yang serba serbi ada kekurangan.

Wassalam.


0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...