Orang yang cerdik dan bijaksana tidak akan memanggil orang lain dengan gelaran bodoh, kerana dia sedar bahawa kebijaksanaan yang dia miliki adalah anugerah daripada Tuhan dan kebodohan orang lain yang dia lihat itu adalah ketetapan Tuhan pada orang tersebut.
Hakikatnya, orang yang masih memanggil orang lain dengan gelaran bodoh adalah orang yang telah gagal melihat hikmah yang tersirat di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Kadangkala kebodohan pada orang lain dalam tanggapan kita itu, merupakan kebijaksanaan bagi orang tersebut.
Para hukama menyatakan, di dalam kepala otak setiap orang bijak pandai, pasti di sana terdapat satu sudut kebodohan yang dia tidak sedar, kerana Tuhan tidak menciptakan setiap manusia itu sempurna. Kesempurnaan itu hanya milik Tuhan sahaja.
Tiada beza antara kebijaksaan dan kebodohan apabila berhujah dengan orang bodoh, berkata Sayyiduna 'Ali bin Abi Talib (رضي الله عنه):
إثْبَاتُ الْحُجَّةِ عَلَى الْجَاهِلِ سَهْلٌ وَلَكِنَّ إقْرَارُهُ بهَا صَعْبٌ
"Memberikan hujah kepada si jahil adalah mudah, pun begitu apa yang susah ialah bagi si jahil tadi menerima hujah tersebut."
0 pesanan buat saya :):
Catat Ulasan