Sabtu, 1 Februari 2014

kasih Dia


Seorang hamba telah melakukan dosa, lalu dia berdoa:

"Wahai Tuhanku! Ampunilah dosaku."

Lalu Allah berfirman:

"Hambaku telah melakukan dosa dan mengakuinya. Dan dia mengetahui ada baginya Tuhan yang mengampunkan dan menghukumnya, maka Aku ampunkan dosa-dosanya."

Lalu ia kembali melakukan dosa akibat kelemahan dirinya. Setelah menyedari kesilapannya semula, ia berdoa:

"Wahai Tuhanku! Ampunilah dosaku."

Allah berfirman:

"Hambaku mengetahui Aku boleh mengampunkan dan menghukumnya, maka Aku ampunkan dosanya."

Dosa yang sama dilakukan kembali akibat kecuaiannya sebagai seorang hamba. Seterusnya ia memohon keampunan daripada Allah atas dosa-dosanya yang ia sering lakukan tanpa disengajakan.

Lalu Allah berfirman:

"Hambaku telah melakukan dosa dan mengakui kesilapannya. Maka Aku ampunkan dosa hamba-Ku ini. Buatlah apa yang engkau mahukan, maka Aku ampunkan engkau!"

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim.]

***********************************************************************************************************

MUHASABAH

Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Lihatlah betapa kasihnya Allah terhadap hamba-Nya yang bertaubat. Syurga yang diciptakan Allah itu benar-benar mahu kita menjadi penghuninya. Allah juga sentiasa memberikan kita peluang mencuba dan terus  mencuba untuk mendapatkan syurga.

Biarpun Allah sentiasa memberi peluang buat kita untuk bertaubat, usah ditangguhkan untuk memohon keampunan dan memperbaiki amalan kita. Takut-takut maut pula yang terlebih dahulu mentapa sebelum pintu taubat terbuka.


0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...