Sabtu, 1 Februari 2014

Nota dulu-dulu...


Belek-belek buku-buku yang guna masa kat Seratas dulu and guess what? Jumpa buku nota catatan untuk catat masa perhimpunan, taklimat, program motivasi atau meeting  ke kan. By the way, dulu kira macam wajib la buat catatan masa perhimpunan. Hahaha.


6 April 2010
Selasa
3.30 petang

Rahsia Pelajar Cemerlang~

  • motivasi diri
  • ciri-ciri pelajar cemerlang
  • meniru untuk berjaya

Bagaimmana memotivasikan diri?
  • berangan-angan, bercita-cita, berusaha
Matlamat yang jelas?
  • untuk apa? untuk siapa?

1. Motivasi diri
  • saya mahu menjadi benih yang subur
  • saya akan berfikir seperti juara
  • "saya tidak mahu berjaya, saya mahu sangat berjaya!"
  • tetapkan matlamat yang tinggi
  • jangan "hangat-hangat tahi ayam"

2.  Ciri-ciri pelajar cemerlang
  • anak yang soleh/solehah - solat 5 waktu, doakan kesejahteraan ibu bapa, tidak derhaka kepada ibu bapa
  • anak yang disayangi - menghormati orang tua dan guru, bersopan
  • anak yang berwibawa - penampilan peribadi, fizikal
  • penampilan peribadi - personaliti, tingkah laku, gaya bercakap, suara
  • penampilan fizikal - pakaian, raut wajah, kepintaran bersosial
  • optimistik, jangan bersikap pesimistik, kesedaran memikul tanggungjawab, tumpuan sepenuh hati
  • mulakan dari awal - ulangkaji, perbincangan
  • sentiasa bersedia, lengkapkan peralatan, tepati waktu belajar, dapatkan bantuan guru
  • beri pandangan membina, berbincang dengan rakan, study group, peperiksaan kendiri
  • jadual waktu, ceramah motivasi, malu bertanya sesat jalan
  • makanan seimbang, solat, doa, tawakal.

3. Meniru untuk berjaya
  • Kolonel Sander-KFC - "aku bukan gagal, tapi belum berjaya..."
  • Napolean Bonaparte - "perkataan mustahil hanya ada dalam kamus orang dungu.. jangan salahkan keadaan, buat perubahan.."
  • Tun Mahathir Mohamed - "kita tidak boleh  berjaya jika kita mengatakab kita akan gagal.."


0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...