Rabu, 2 Mei 2012

Kekal Aktif ketika PMS

Assalamualaikum.
Kebanyakan wanita apabila datang bulan lebih suka duduk di rumah, bersendirian dan mengehadkan aktiiti di luar. Alasan yang sering diberikan PMS. Sebenarnya PMS tidak semestinya dijadikan alasan untuk hanya terperap di rumah, tidak mahu bekerja dan malas beraktiviti.


Andai kita tahu cara untuk mengurangkan sindrom PMS tersebut, kita masih boleh terus ceria dan kekal aktif untuk melakukan sebarang aktiviti yang disukai seperti hari-hari selalu. 


1 Banyak Minum Air
Setiap kali datng bulan badan akan cepat lesu dan penat. Jadi untuk memastikan ini tidak berlaku, banyakkan minum air agar sentiasa rasa bertenaga. Elakkan minuman yang mengandungi kafein kerana ia mengecilkan salur darah dan menungkatkan tekanan.


2 Gunakan Tuala Wanita Yang Sesuai
Kuncinya kamu harus bijak memilih tuala wanita untuk menjaga kelembapan Miss V dan pastikan juga tuala wanita yang kamu gunakan mampu menampung semua darah yang keluar. Jadi tiada lagi istilah 'bocor' atau 'tembus'.


3 Tiada Halangan Untuk Aktiviti Luar
Bagi yang gemarkan aktiviti air, tidak perlu risau kerana kamu masih boleh meneruskan aktiviti kamu iti biarpun sedang datang bulan. Ini kerana, ketika berada di dalam air, tarian graviti yang berlaku akan menghalang darah daripada keluar. Biarpun begitu, kamu tetap juga perlu menukar tuala wanita kamu ketika berenang.


4 Pakai Pakaian Gelap
Apabila bersukan atau membuat aktiviti yang lasak ketika sedang datang bulan kamu pasti tidak akan terlepas rasa takut 'tembus' ataupuan 'bocor' sehingga terkena pakaian. Ianya sesuatu yang amat memalukan. Jadi langkah paling selamat selain menggunakan tuala wanita yang sesuai adalah dengan memakai pakaia gelap. Cara ini secara tidak langsung dapat membantu menutup sekiranya kebocora berlaku.


5 Bersenam Untuk Kekal Cergas
Dari segi kesihatan, strategimuntuk berada dalam keadaan cergas adalah dengan bersenam dengan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bukan itu sahaja, bersenam juga dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan kedatangan haid. Oleh itu, jangan sesekali abaikan senaman biarpun ketika datang bulan.


6 Zat Besi Yang Mencukupi
Kekurangan mineral ini menyebabkan seseorang itu kelihatan pucat dan lesu. Zat besi berfungsi untuk membina sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh sel badan. Seseorang wanita yang kehilangan banyak darah ketika haid jika tidak cukup makan daging atau zat besi akan kelihatan pucat, letih dan cepat marah. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini pastikan makan makanan yang mengandungi zat besi yang banyak.


7 Jangan Terlalu Memikirkannya
Perubahan emosi seseorang wanita ketiak sindrom haid (PMS) banyak bergantung kepada kekuatan dalaman wanita itu sendiri. Jika seseorang wanita itu tidak terlalu memikirkan kesakitan ketika haid dan tetap berasa riang, emosinya pun akan turut ceria. Jadi pastikan kamu sentiasa berfikiran positif, Kamu perlu menerima hakikat yang kedatangan haid adalh sebagai kehidupan semula jadi seseorang wanita.


Wassalam. :)

4 pesanan buat saya :):

Ardini Izzati berkata...

Nice share :)

ary_lee berkata...

da try buat sumer tu tapi xjadi ponn..
lastly, tidur gak @_@

susulemakmanis berkata...

nice tips!xdela terperuk je atas katil bila PMS.hehe

Unknown berkata...

nice sharing :DD hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...