Jumaat, 4 Mei 2012

Rahsia Diet Negara Jepun

Assalamualaikum.
Berhenti sebelum kenyang.
Meskipun kehidupan masyarakat Jepun serba pantas dan cepat, namun untuk makan mereka memerlukan masa yang lam auntuk menikmati makanan. Prinsip yang sentiasa mereka pegang adalah makan perlahan setiap kali masuk waktu makan. Contohnya, jika ada upacara minum teh, masyarakat Jepun memerlukan masa yang lama untuk menikmati aroma teh yang harum, tekstur dan kelazatannya. Bagi mereka, upacara minum teh ini melibatkan 5 pancaindera, bermula dengan melihat, mendengar bunyi teh saat dituang di dalam cawan, mengambil, menikmati keharumannya, dan akhir sekali merasai kehangatannya dan kelazatannya. Rahsia lain, mereka sentiasa mempraktikkan hara hachi bu, iaitu berhenti makan setelah 80% kenyang.


Ingat ya!

  • Nikmati makanan satu persatu. Bermula dengan sayuran (sebagai pengganti salad), dan diakhiri dengan lauk dan nasi. Selepas itu barulah pemans mulut.
  • Berhenti makan di saat kamu mula berasa kenyang. Jika terasa sayang unuk membuang lebihan makanan yang tidak mampu untuk dihabiskan, biarkan seketika, rehat dan sambung makan.
  • Kamu boleh cuba makan menggunakan piring yang kecil, agar kuantitinya tidak berlebihan.

0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...