Assalamualaikum.
Kamu pernah main kutu? Permainan wang kutu amat popular dalam kalangan masyarakat kita. Ia merupakan permainan mengutip wang yang dijalankan secara berkumpulan dan akan dilantik seorang wakil untuk mengutip wang tersebut. Setelah ditentukan berapa jumlah yang akan dikutip, cabutan undian akan dibuat untuk menentukan giliran setiap peserta.Ia seolah-olah duit tabungan yang kamu simpan pada orang lain. Duit itu akan dikutip setiap awal bulan atau minggu dan jumlahnya akan berlipat ganda menjelang giliran kamu mendapat wang kutu. Main kutu adalah satu cara mudah untuk kamu mengumpulkan wang. Namun, adakah kamu tahu bahawa permainan kutu ini banyak baik dan buruknya? Jangan tahu main sahaja tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.
1 Mudahnya mendapat wang
Mudah dan fleksibel untuk mendapatkan wang. Tiada faedah dan tidak memerlukan penjamin. Kamu pasti gembira dengan hasil kutipan dan apabila tiba giliran kamu, tentu sudah terfikir barang apa yang hendak dibelikan.
2 Mengajar kamu menabung
Wujudnya sikap menyimpan dan disiplin menabung wang. Jadi bagi kamu yang boros, cubalah bermain kutu dan ia akan 'memaksa' kamu untuk menyimpan duit setiap bulan untuk diserahkan pada wakil kutu.
3 Semakin ramai kenalan
Eratkan tali persahabatan serta sikap setia sesama ahli kumpulan. Setiap orang pasti ada ragamnya. Namun, pembentukan kumpulan ini sudah pasti akan merapatkan hubungan kamu sesama rakan. Mendapat ramai kenalan tentulah idea yang bagus untuk kamu.
Keburukan Main Kutu.
1 Gaduh sesama sendiri?
Boleh menyebabkan pergaduahn sesama ahli kumpualan akibat masalah skap seperti kawan makan kawan, tidakmenepati janji dan tidak juga amanah. Kamu harus mempunyai sikap percaya antara satu sama lain agar tidak timbul isu ini.
2 Wujudnya penipuan?
Boleh tertipu jika ada sesiapa yang tak bayar wang kutu atau tidak mendapat jumlah yang tepat. Tentu sesiapa yang pernah mengalaminya akan berasa serik untuk bermain kutu lagi.
3 Liat bayar wang kutu
Mungkin ada di antara ahli kumpulan kamu yang liat membayar wang? Pasti pening si 'ibu kutu' untuk mengutip wang. Ada sahaja alasan yang diberikan bukan? Jadi, jangan biarkan kawan-kawan kamu bengang dengan kamu ok.
4 Tidak mengenali sesama ahli kumpulan
Adakah kamu kenal semua ahli kumpulan kamu? Mungkin ia bagus pada kamu yang suka mencari kawan baru. Tetapi, bagaimana pula dengan si kera sumbang? Pasti susah untuk berkomunikasi dengannya bukan.
5 Komitmen yang tinggi.
Memerlukan komitmen yang tinggi serta mampu untuk membayar wang kutipan. Jadi, jika kamu seorang yang sentiasa sibuk dan tidak dapat memberikan komitmen, jangan menyusahkan orang lain pula.
6 Tempoh masa yang lama
Bayangkan jika kumpulan kamu terdiri daripada 20 orang, dan giliran kamu adalah yang terakhir, kamu pasti tidak sabar menunggu giliran bukan? Mungkin masa yang diambil hampir setengah tahun.
Jadi, kamu tentukan lah. jika ia bermanfaat pada kamu, teruskan sahaja.Tetapi, jika kamu sering mengalami masalah dengan ahli kumpulan, fikirkan semula untuk terus bermain kutu. Sememangnya ai adalah salah satu cara menabung, tetapi janagn samapi tertipu ya..
tips!
Kamu mesti tahu bagaimana menguruskan wang kutu yang kamu dapat. Jangan laburkannya pada sesuatau yang tidak berfaedah. Pasti sebelum mendapat wang kutu, banyak benda yang kamu berangan untuk beli. Kamu perlu tahu bezakan antara keperluan dan kemahuan. Dahulukan yang keperluan. Kemahuan boleh diperolehi apabila semua keperluan kamu telah dipenuhi.
Wassalam.
3 pesanan buat saya :):
dari dulu x penah try main kutu ni ... tkot tertipu, hikhik~~
d kmpg ni femes huhu siap prnh men tipu lg
mak aku pn men kutu..haha
Catat Ulasan