Selasa, 1 Mei 2012

just stay STRONG !


Assalamualaikum.
cuba tengok gambar dibawah ni... 
  • Kalau kita lihat mengikut gerakan putaran bulatan warna PINK, maka kita hanya akan melihat bulatan satu warna yang berwarna PINK.
  • Tapi, kalau mata kita fokus pada tanda + , maka bulatan yang bergerak akan bertukar HIJAU.
  • Kemudian, jika mata kita menumpu pada tanda “+” lebih lama, perlahan-lahan bulatan warna PINK akan menghilang, dan hanya bulatan HIJAU yang berputar akan kelihatan.
WOW ! hakikatnya.. tiada apa pun yang berubah,
dan sebenarnya begitulah cara otak kita bekerja ! 
" kita selalu tidak melihat apa yang kita fikirkan "
Berat atau Ringan..,
Kecil atau Besar..,
Masalah atau Bukan Masalah..,
Sedih atau Gembira..,
Hukuman atau Pahala..,
Derita atau Bahagia
..,
Itu semua hanyalah ' Cara Pandang ' kita terhadap sesuatu, jika sesuatu yang negatif berlaku dalam hidup kita, kita menyingkap dan memandangnya secara ' Positif ', percayalah, kesannya pasti akan positif.
- Masalah sebenarnya mendatangkan banyak manfaat dan disebaliknya tersembunyi satu peluang !


Problem makes the man perfect.
Problem gives experience to man.
Problem makes man to think in many ways.
Problem helps man to bring out his potential skills.
Problem is a stepping stones for Success.
Problem it gives guts & courage to person.
Problem gives clear view to your goal. 
Problem makes you STRONGER !
 
 
 
Setiap manusia didunia ini pasti menghadapi masalah, kalau tak besar, kecil, kalau tak sekarang, akan datang. Semua ini adalah perjalanan yang mesti ditempuh untuk beralih kesatu tahap yang lebih baik.
 
Jadi.., tak perlulah terlalu kecewa dengan apa yang dihadapi, tak perlulah terlalu sedih dengan apa yang menimpa. Masalah yang dihadapi pasti ada manfaatnya.
 
Tapi... walaupun masalah ini mendatangkan manfaat, jangan pulak sesekali cari masalah, jika ia datang tempuh dan hadapilah dengan tenang, teruskan melangkah & STAY STRONG !
 
Setiap keperitan pasti ada penghujungnya...
 
Selepas malam yang gelap gelita, esoknya pasti fajar akan terbit jua... "
---------------------------------------------------------------------------------------------
 
Jika anda berasa susah untuk tidur malam ini, ingatlah tentang keluarga yang tidak berumah dan tidak mempunyai katil untuk berbaring..
Jika anda tidak bernasib baik disekolah, diuniversiti mahupun ditempat kerja, fikirkanlah tentang mereka diluar sana yang masih ramai tidak berpeluang untuk belajar dan mendapat kerja..
Jika anda kecewa dengan perhubungan yang semakin buruk, fikirkanlah tentang mereka yang tidak pernah tahu tentang apa rasanya untuk menyayangi dan disayangi..
Jika anda berasa kekurangan dalam hidup dan kesal dengan nasib anda sekarang ini, bersyukurlah kerana anda masih mampu untuk bernafas dan terus melangkah didunia ini..
 
 
Pada suatu ketika...
 
seorang Raja yang sedang belayar dengan kapal besarnya telah dilanda ribut kencang. Salah seorang daripada hambanya yang tidak pernah kelaut mula menangis bagai nak rak dek kerana ketakutan.
 
Tiada siapa yang dapat mententeramkannya sehinggalah tangisannya menjadi semakin kuat dan tak berhenti-henti dari tadi.
 
Tuanku Raja menjadi marah lalu bertitah,
 
" Tiadakah sesiapa di dalam kapal ini yang boleh mententeramkan si pengecut ini ? " 
 
Malangnya semua penasihat Raja tidak sanggup menyuarakan pendapat walau sepatah perkataan pun. Akhirnya.. seorang pendita yang turut menumpang kapal itu pun berkata..
 
Patik rasa, patik sanggup mententeramkannya dengan syarat patik diberikan kebenaran penuh untuk berbuat apa saja yang patik fikirkan betul . "
  
Dengan perasaan ingin tahu apakah yang ingin dilakukan oleh pendita tersebut, Baginda pun berkata,
  
Baiklah, Beta izinkan. "
 
Pendita itu kemudiannya memanggil beberapa orang askar dan memerintahkan mereka untuk menghumban hamba itu kelaut....
 
 
.... apabila tercampak ke laut, sang hamba yang tak berhenti menangis tadi itupun menjerit ketakutan dan menerajang liar kaki dan tangan untuk cuba berenang. Tetapi, beberapa ketika kemudian, sang pendita itu pun memerintahkan hamba-hamba lain untuk menarik semula hamba yang malang itu kedalam kapal.
 
Sang hamba itu terbaring keletihan, ketakutan dan menjadi senyap sesenyap-senyapnya.
 
Raja pun menjadi hairan dengan perubahan sang hamba itu lalu bertanya kepada Pendita tentang apa yang sebenarnya berlaku.
 
Pendita itupun berkata,
 
Kita tidak pernah sedar betapa beruntungnya kita dalam sesuatu keadaan sehinggalah kita berada dalam keadaan yang lebih buruk. "
 
 
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan hadapi sekarang ini, setiap apa yang berlaku itu tersembunyi hikmah dan kebaikan disebaliknya...

Tumpang lalu...
Dalam hidup kita ni, akan ada prlbagai masalah... masalah cinta, putus cinta, salah faham dan macam-macam lagi la, yang putus cinta tu... tak perlulah nak frust menonggeng, ingatlah kita masih ada Allah yang sentiasa menyayangi dan melindungi kita, andai perasaan sedih dan kecewa itu datang menerjah,
bisikkanlah didalam hati... jika dia tidak ada untuk aku...

" Cukuplah ALLAH bagi aku.. "

0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...