Jumaat, 4 Mei 2012

Rahsia Diet Negara Perancis

Assalamualaikum.
Kenapa artis Perancis langsing-angsing?
Semua orang perlu makan, namun lapar bukan alasan untuk akmu makan apa sahaja yang terhidang di hadapan mata. Apatah lagi bagi kamu yang sedang stress, sudah tentulah mulut terasa 'gatal' untuk mengunyak wlaupun perut masih lagi kenyang. Dan akhirnya, saiz baju yang dulu M berubah menjadi L atau XL. Namun, mengapa di sesetengah negara tertentu, masyarakatnya lebih langsing? Berbeza dengan negara kita yang beriklim panas dan hujan sepanjang tahun?


Masakan Perancis.
Bagi masyarakat Perancis, makan adalah kesenangan. Mereka suka menikmati makanan bersama teman-teman atau keluarga. Sambil menikmati makanan yang terhidang, mereka lebih gemar berbual dan bercakap tentang keenakan makanan yang dimakan dan akan cuba mengelak untuk makan di hadapan televisyen.


Masyarakat Perancis cukup mementingkan kualiti daripada kuantiti. Kebanyakan daripada mereka akan makan makanan yang dimasak sendiri di rumah. Bermula dengan memilih bahan yang ingi dimasak sehinggalah ke cara memasak dan menyajikannya. Makanan yang berkualiti akan membuatkan mereka berasa lebih puas dan kenyang lebih lama. Maka, oleh disebabkan itulah mereka tidak akan menjamah sebarang makanan di luar waktu makan.


Ingat ya!
Jadikan waktu makan, waktu yang paling penting dalam jadual harianmu. Elakkan makan di luar waktu yang telah ditentukan. Selain itu, elakkan mengunyah saat kamu sedang stress. Sebagai ganti, kamu boleh manjakan lidahmu dengan makanan yang enak dan sihat. Misalnya potongan buah-buahan atau salad tanpa mayones dan keju.

0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...