Jumaat, 4 Mei 2012

Wangian di tubuhku...

Assalamualaikum.
Adakah haruman akan mulai hilang jika tidak disimpan dengan betul?
Pastikan tutup botol wangian kamu tertutup rapat. Selain itu, hindari tempat yang panas, apalagi terkena sinaran matahari. Temapat yang gelap dan sejuk membantu untuk mengekalkan kualiti aroma wangian yang kamu beli.


Apakah perbezaan antara Eau de Parfum, Toilette dan Cologne?

  • Pure Perfume merupakan estrak wangian yang dapat bertahan lebih 6 jam! Kebiasaannya harga yang ditawarkan adalah mahal berbanding minyak wangi biasa.
  • Eau de Parfume adalah sejenis wangian yang mengandungi minyak antara 8%-15%, dan ia mampu bertahan lebih kurang 3-5 jam.
  • Eau de Toilette sejenis wangian yang sangat sinonim dengan lelaki! Semburannya dapat bertahan sehingga 3-4 jam!
  • Eau de Cologne mempunyai kandungan minyak antara 2%-5% dan dapat bertahan hingga 3 jam sahaja. Ia sangat popular di kalangan perempuan dan jarang sekali digunakan oleh kaum lelaki.
  • Perfume Mist atau Splash, hanya boleh bertahan sekitar 1 jam sahaja.
Adakah wangian saling berkaitan dengan personaliti seeorang itu?
Wangian wanita tidak setajam wangian lelaki. Pemilihan wangian selalunya bergantung kepada minat dan keperibadian seseorang. Umumnya, wangian yang sama akan mengeluarkan haruman yang berlainan jika digunakan oleh dua wanita yang berbeza.
  • Sportif dan aktif - Wanita yang aktif sangat sinonim dengan haruman yang berasaskan dari tumbuh-tubuhan liar.
  • Periang - Gemar travelling, mudah menaruh minat pada sesuatu. Selalunya gadis yang perinag ini gemarkan wangian yang tidak terlalu kuat dan tajam.
  • Romantis - Pemikirannya sederhana, dan mempunyai daya tarikan yang tinggi. Umumnya, mereka gemarkan wangian dari bunga-bungaan seperti mawar, melati, lily.
  • Gadis pintar - Mempunyai pendirian yang kuat, bersifat agak pendiam, setia, dan seorang perahsia yang boleh dipercayai. Mereka gemarkan wangian yang sederhana dan dapat memberikan kesan dingin dan mempesona.
Tahukah kamu
Usah biarkan tubuhmu kosong tanpa sebarang wangian. Wangian bukan sahaja memberikan keyakinan, bahkan wangian juga mampu membuatkan pasanganmu berasa senang dan bahagia di sampingmu. Moralnya, wangian umpama terapi yang mengasyikkan.

Etika memilih wangian
Bagaimana mendapatkan wangian yang tahan lebih lama?
  • Biarkan wangian mengering dan meresap.
  • Pastiakan kamu sedang rileks dan tidak mengambil sebarb=ng ubat-ubatan.
  • Elakkan merokok ketika membuat semburan.
  • Jangan menggunakan sebarang produk yang mempunyai haruman seperti losen badan.
  • Elakkan makanan yang berbau tajam seperti bawang putih, petai dan sebagainya.
  • Jangan mencuba wangian lebih dari tiga jenis.
Tips!
Simpan minyak wangi di dalam peti sejuk sebelum ia digunakan. Kaedah ini bukan sahaja dapat membuatkan baunya bertahn lebih lama bahkan kamu akan terasa lebih nyaman dan sejuk saat ia disemburkan ke tubuhmu.

1 pesanan buat saya :):

Unknown berkata...

masuk peti ais ?? owh tak taw pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...