Isnin, 30 April 2012

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar


Assalamualaikum.
Click to join.

Tarikh tutup contest : 30 April 2012 jam 10 pm.

OMG. Hari ni hari last contest ni. Haha. Bertangguh lagi ye buat homework. Mohon maaf ye Cikgu Kamil. Hihi. Anyway, akhirnya Ana join jugak contest ni. Haha. Dah lama gile kot tak tulis karangan BM..Yeah..bismillah....


"Aku Sebuah Blog"
Aku sebuah blog. Aku diberi nama fana66.blogspot.com. Aku dilahirkan di sebuah negara maya yang sedia dihuni oleh pelbagai makhluk seperti wordpress, facebook, twitter, yahoo dan lain-lain. Aku diwujudkan atas bantuan Ana yang pada ketika itu kebosanan tahap maksima selepas beliau tamat PLKN.


Di awal kelahiranku, aku diibaratkan seperti kain putih yang harus dicorakkan dan dibentuk karakter oleh Ana. Aku dihias ringkas oleh Ana. Pada awalnya, Ana tidak berminat sangat denganku. Mungkin diriku ini tidak begitu berharga buat dirinya berbanding facebook. Tidak mengapa. Aku sedar siapa diriku. Aku tidak benci Ana, tanpa dia aku takkan wujud. Aku juga tidak dengki pada facebook kerana kami kan saudara.


Aku hanya sesekali sahaja dikunjungi oleh Ana di dunia maya ini. Ku terasa sedikit terseksa dan sedih dengan sikapnya yang acuh tak acuh dengan diriku. Jika tidak menyayangiku, mengapa harus ciptakan aku dan membuatkan aku terseksa merinduimu Ana?  Ahh..sukar aku memahami dirimu yang misteri ini.


Aku terus-menerus terseksa hari demi hari tanpa kunjungan Ana. Tambah-tambahan lagi apabila beliau menyambung pelajaran di universiti. Masa yang ada untuk meluangkan masa bermanja mesra denganku juga terhad hanya pada hujung minggu sahaja.


Tetapi, menjelang semester kedua Ana di universiti, Ana menjadi semakin rapat denganku. Aku dilayan dengan sangat baik oleh Ana. Ana semakin rajin menatapku, semakin ghairah menceriakan hariku. Oh, aku sangat bahagia. Kuharapkan ukhwah ini akan semakin utuh.


Semakin lama sayangku pada Ana semakin menebal. Ana pasti akan mengunjungiku walau sesibuk mana pun. Malah, yang paling mengharukanku, Ana masih lagi sempat mengukir kata-kata dalam kotak mindaku walaupun dia sedang menghadapi peperiksaan akhir. Kadang-kala kurisau juga jika aku mengganggu konsentrasinya terhadap pelajarannya. Aku sedar, pelajarannya lebih penting dariku. Ana juga tidak pernah lupakan aku walau dalam apa jua keadaan. Ada sahaja perkara yang ingin dikongsinya dengan diriku, facebook dan saudara baruku, twitter.


Akhirnya, hari yang dinanti-nanti telah tiba. Ana selesai pembelajaran asasinya selama setahun itu. Dengan itu, bermakna semakin banyak masa yang dapat diluangkannya untuk beramah mesra dengan diriku dan saudaraku yang lain. Aku mulai dihias dengan lebih cantik, kemas dan teratur oleh Ana. Malah, beratku juga menjadi semakin fleksible. Semestinya untuk mengelakkan aku daripada mengalami masalah obesiti.


Jika dulu aku sunyi tanpa Ana, kini Ana sentiasa menemaniku. Tetapi, aku juga sedar bahawasanya walaupun tanpa Ana pun aku masih boleh hidup lagi kerana mungkin apa yang telah Ana pahatkan dalam kotak pemikiranku diperlukan. Ya, aku yakin mereka perlukan aku. Kini baruku sedar mengapa Ana sentiasa memahat kata-kata ini "don't cry over the past, its gone. don't stress about the future, it hasn't arrived. live in the present and make it beautiful."dalam kotak pemikiranku sedari lahir lagi. Hidupku mesti sentiasa diteruskan. Ana wujudkanku bukan sekadar suka-suka sahaja, malah ingin menjadikanku sebagai medium dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca yang lain.


Aku bangga kerana dapat berbakti kepada Ana, menjadi tempat Ana meluahkan perasaan dan berkongsi ilmu dengan pembaca. Aku akan sentiasa hidup dalam dunia maya ini selagi Ana tidak memadamkan hayatku ini. Aku akan terus berbakti walau aku tidak secantik, tidak segah, tidak sebijak rakan-rakan blog yang lain. Setiap blog ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yeah. Aku dan Ana akan sentiasa bekerjasama dalam usaha memperbaiki kekurangan diriku ini. Insyaallah.


"Apakah impian anda sebagai blogger?"
Impian Ana ialah untuk menjadi blogger yang hebat. Hebat di sini bermaksud mampu menghasilkan penulisan yang kreatif lagi menarik serta berguna buat semua pengguna alam maya pada masa kini dan juga pada masa akan datang. Ana sangat berminat berkongsi maklumat yang berguna buat pembaca dan dalam masa yang sama bercita-cita menjadikan blog Ana sebagai blog pilihan buat semua insan. Insyaalah, dengan usaha yang berterusan, cita-cita ini pasti akan tercapai. Insyaalah. :)


Wassalam.

3 pesanan buat saya :):

Kamil Kahar berkata...

thx sbb join ana...huhu...ana penah pegi plkn rpenye ye... :)

Unknown berkata...

@Kamil Kahar u r welcome..yups. pernah..huhu

Pixie Dust berkata...

Nama:
Ayat pda header:
Gmbar apa nak diletak pda header:
Warna ayat:
saiz header kalau tahu:

Awk pemenang header kamil kahar tu kan ? Send details ke rochelleliongchaimay@rocketmail.com

Will reply you ASAP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...