Assalamualaikum.
Yeah. Malasssss. Itulah perasaan Ana sekarang.
Malas gila nak start belajar balik semula. Otak dah tepu. Minda dah dikuasai kemalasan akibat cuti yang lama sangat. Ahaaa. Culture shock cuti lama sangat. Cuti pulak bukannya buat perkara yan perlu banyak berfikir macam nak buat programming, selesaikan soalan ODE dan lain-lain lagi.
Tapi...cutiku sungguh indah, girang gembira ditemani dan dikelilingi kanak-kanak comel lagi aktif serta bijak pandai akibat pengaruh dunia ict, dunia tanpa wayar, semuanya di hujung jari tambah-tambah lagi semuanya pakat touch screen sahaja.
Anak buahku, Firas dan Rayyan pon dah expert menggunakan samsung tablet mama dan ayahnya, termasuklah hp ku dan iconia tab aku yg turut menjadi mangsa alat permainan dorang. Heh. Sekarang ni tak main lah kereta, patung bagai...dunia dah mau ok. Oppa gangnam style.... Erk..ini..Ana tak ajar pon Firas dan Rayyan oppa oppa bagai ni. Ini pengaruh dari makcik makcik yang lain ye. Saya innocent. Saya hanya mengajar mereka buka abc, alifbata, dan lain-lain yang bermanfaat sahaja. haha. dan dan....
Wokeh..berbalik kepada tajuk asal mengenai kemalasan Ana yang memang tahap malas tahap dewa langit ke tujuh. Erk? Pon boleh. Saya sangat lah malas nak belajar. Kenapa dan mengapa?
1. Jadual yang sangat pack. jeles dengan budak kos lain. Tapi bila nak banding dengan budak medic, mesti dorang lagi pack kan. Bersyukurlah....
2. Jarak fac-kolej 9 yang agak jauh. Perlu ambil bas, then jalan kaki ke kelas. Adoi...masa Pasum dulu dekat je kot. Lambat bangun pon sempat lagi lari-lari ke kelas. Ni tak, kalau lambat bangun alamatnya x sampai la ke kelas.
3. Bas yang tidak tiba pada masanya. Sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kita tidak dapat duga bila bas nak sampai. Kadang2 awal, kadang2 lambat. Even ko dah terpacak depan gate kul 7 pon, lau bas lambat...ko tetap lambat ke kelas. What the... but...ada alternatif lain...
- Terus tunggu bas. Tapi risiko bazir masa yang banyak.
- Naik teksi tapi banyak lah duit bazir sebab memang dah bayar untuk naik bas kan. Tapi better naik ramai2 la baru tak terasa rugi sangat.
- Jalan kaki tapi mesti rasa penat gila. But, keep positive thinking, maybe akan dapat bdn yg taf lagi sihat. Ekeke.
Yeah..harap-harap kemalasan ini setakat di sini sahaja. Mengapa? Hidup ini mesti diteruskan. Hhaha..
Wassalam.
0 pesanan buat saya :):
Catat Ulasan