Assalamualaikum.
Hari ini hari last SUKMUM (Sukan Mahasiswa Universiti Malaya) dan olahraga merupakan acara terakhir yang dipertandingkan iaitu pada hari ini. But..but..olahraga special sikit. Kami bertempur di Stadium Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM). Weeee.......
Well, semua atlet menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan kesemuanya sangat lah hebat. Uuuuuuuu. Cuak saya sampai tak lena tidur memikirkan sukmum ni. Heeee... *ini tipu kalau tak dapat tidur padahal minggu ni straight tidur awal sebab penat training*
The whole last two weeks Ana memang la sangat tertekan. Apa taknya, dengan training yang macam nak seksa jiwa je, then tambah pulak dengan assignment and tutorial yang tiba-tiba ada and last but not least, test and kuiz yang memang menguji mental sungguh. Alangkah bagusnya kalau macam zaman sekolah dulu, exam exam le, x ada campur dengan sukan. Heee..
But, ini lah yang dikatakan sebagai universiti life. Kena pandai-pandai lah cari masa nak sport, masa nak study, masa nak sosial, masa nak berjimba, masa nak dengar ceramah, masa nak join camping bagai and so many others aktiviti best yang berlambak gila untuk di join. So, think wisely before join. Tanya pada diri, aku mampu ke tak nak handle semua ni. Heeee...
So....how about the event? Heeeeeeee... Ana berjaya dapat 3rd place for 400meter single and 4*400meter relay. Weeee...let we all cheer for my achievement. Quite ok since this is my first time join SUKMUM. Hope next year dapat perform lagi bagus and dapat gold medal. Go...go...u can do it. But, of course la kali ni kena tingkatkan lagi latihan nak kasi badan tu fit sikit. Heeee..
Overall, banyak jugak lah emas yang kami semua kumpul but bukan Ana lah antara penyumbangnye. Sorry guys! Next year maybe.
*Me :) |
*Mine :) |
*Me and Alyani |
*Me and Bie |
*Niner :) |
0 pesanan buat saya :):
Catat Ulasan