Assalamualaikum.
1.Bijak Mengurus Emosi
Walau apa dugaan yan datang seperti gurauan kasar daripada adik beradik, kamu perlu bersabar dan jangan mengikut emosi. Tangani masalah dengan tenang dan bersemuka adalah cara terbaik mencari jalan penyelesaian.
*emosi |
2.Lakukan Aktiviti Bersama
Usah bersikap individual sebaliknya lakukan aktiviti bersama ahli-ahli keluarga seperti bergotong-royong ketike kenduri atau bercuti ke lokasi menarik. Aktiviti sebegini akan mengeratkan silaturahim di antara keluarga.
*together:) |
3.Saling Membantu & Mengambil Berat
Ketika keluarga mengalami kesusahan, ringan beban dengan membantu sedaya upaya. Jika tidak mampu dari segi kewangan, beri sokongan moral seperti kata-kata semangat dan nasihat.
*help |
4.Sentiasa Berkomunikasi
*sosial |
5.Bertolak Ansur
Selain muafakat, kamu juga perlu belajar bertolak ansur dengan keluarga. Tidak semua perkara berlaku mengikut kehendak kita, jadi terimalah dengan hati terbuka.
*:) |
6.Hadapi Susah Senang Bersama
Jangan ingat keluarga ketika senang sahaja sebaliknya harungi kesusahan bersama. Ringan sama dijinjing, berat sma dipikul. Hari ini mungkin hari susah salah seorang ahli keluarga, esok lusa mungkin kamu pula dilanda dugaan. Jadi, jangan berkira menghulur bantuan.
*happy:) |
7.Mendoakan Kesejahteraan
Akhir sekali, jangan lupa mendoakan kesejahteraan ahli keluarga. In Shaa Allah, pati kebahagiaan milik keluarga kamu. :)
*family:) |
Wassalam.
0 pesanan buat saya :):
Catat Ulasan