Assalamualaikum.
Dengan kata lain, jangan mudah memakai dan meniru-niru ciri sahsiah umat lain, kerana itu akan menjadi malapetaka yang ttidah mudah reda bagimu. Orang-orang yang lupa dengan dirinya sendiri, suara, gerakan tubuhnya, ucapannya, kemampuannya dan suasananya sendiri, kebanyakan akan meniru-niru budaya bangsa lain. Dan itulah yang disebut dengan latah, mengada-ada, berpura-pura dan membunuh paksa bentuk dan wujud dirinya sendiri.
Sejak zaman Nabi Adam hingga makhluk akhir ciptaan Allah tidak pernah ada dua orang yang benar-benar sama. Sebab itu, mengapa masih ada orang yang memaksakan diri untuk menyamakan perilaku dan keperibadiannya dengan orang lain?
Ketahuilah bahawa diri anda merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain; tidak ada seorang pun yang menyerupai anda dalam catatan sejarah hidup ini, belum pernah ada seorang pun yang diciptakan sama dengan anda dan tidak ada orang yang akan serupa dengan anda di kemudian hari.
Keadaan anda benar-benar berbeza dengan Zaid dan Amr. Sebab itu jangan memaksa diri untuk membuat latah dan meniru-niru sahsiah orang lain.
Tetaplah berpijak dan berjalan pada keadaan dah sahsiah anda sendiri.
"Sesunguhnya tiap-tiap satupuak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing."
(Surah Al-Baqarah:60)
"Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan."
(Surah Al-Baqarah:148)
Hiduplah sebagaimana anda diciptakan; jangan mengubah suara, mengganti intonasinya dan jangan pula mengubah cara berjalan anda. Bimbinglah diri anda dengan wahyu Allah, tetapi jangan melupakan keadaan anda dan membunuh kemerdekaan diri anda sendiri.
Yang pasti, anda mempunyai corak dan warna tersendiri. Dam kami menyukai anda tetap seperti itu;dengan corak dan warna anda senndiri, sebab anda diciptakan demikian. Kami mengenali anda seperti itu maka jangan sekali-kali latah dengan meniru-niru orang lain.
Umat manusia, dengan pelbagai macam tabiat dan sahsiahnya, seperti alam tumbuhan: ada yang manis dan masam dan ada yang panjang dan pendek. Dan seperti itulah semestinya umat manusia. Jika anda seperti pisang, anda tidak perlu mengubah diri menjadi jambu, sebab nilai dan keinndahan anda akan nampak jika anda menjadi pisang.
Begitulah sesungguhnya perbezaan warna kulit, bahasa dan kemampuan kita yang tersendiri merupakan tanda-tandakebesaran Yang Maha Mencipta. Justeru, jangan sekali-kali mengingkari tanda-tanda kebesaran-Nya.
(La Tahzan)
Wassalam.
0 pesanan buat saya :):
Catat Ulasan