Ahad, 3 Februari 2013

petangku :)

Assalamualaikum.

Hari ni dari tengahhari sampai petang lepak rumah Abang Usop kat Sentul Utama. Hee...lunch kat sana, then mandi kat kolam renang. Weehuuuu... Pergi sana Ana bawak la puding laici and cookies yang Ana buat semalam. Wohaaa. Habis satu balang cookies Ana budak-budak kecik tu makan. Nampak sangat sedap kan cookies Ana buat tu. Hewhew. Next weekend Kak Nor suruh buat lagi nak bagi budak-budak kecik ni semua makan. Ecece.

Balik dari Sentul, singgah Sri Gombak beli pisang goreng and ubi keledek goreng. Sodap. Sodap. Dah lah hujan sekarang ni. Pekena pulak dengan kopi panas. Terbaik. Plus makan sambil tengok cerita Boboiboy. Terbaikkkkk.

Heh. Tadi masa kat rumah Abang Usop, si Firas berebut pensel warna dengan sepupunya, si Muhaimin. Siap nak gaduh and nangis pulak dahhh. Then tadi terpaksa la singgah kat Pustaka Prima Sri Gombak beli pensel warna and buku warna untuk si Firas. Ecece. Lepas balik je terus Firas colour buku warna dia. Semangat betul. Yele, umur dia dah 3 tahun, dah minat dah nak belajar semua bagai. Ececeee.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...