Assalamualaikum.
Me, a happy girl become even more happier today. Why? Hee.. tadi pergi dusun buah dekat Gerik, kutip banyak buah. Rambutan, langsat, manggis, durian.. Wee..
Sampai-sampai je kat dusun, terus rasa nak jerit gembira je. Whoaahhh. Senyuman bertambah lebar bila nampak pokok rambutan, terus rasa nak panjat je pokok tu. Hee. Almaklumlah..lama sangat tak balik kampung, tak pergi dusun yang banyak nyanyuk, pacat, lintah ni.. Terus jadi jakun rupa macam beruk dapat bunga. Hee..
Dulu masa kecik-kecik dulu selalu la pergi tempat-tempat cenggini. Panjat pokok, redah semak, mandi sungai, memancing memang selalu la. Tu pon sebelum pindah ke Pekan Lenggong. Dulu dok kat Kampung Palong boleh la nak buat aktiviti ni semua. Tak payah pergi jauh, dekat belakang rumah pon dah cukup adventure gitu. Heee..
Sekarang sekali sekala je la dapat pergi dusun. Me, macam biasa la, bila dok kat rumah rasa malas je nak kuar tapi kalau dah kat luar tu, lambat sikit nak balik rumah. Ish3. Anak dara sorang ni kan. Typical remaja sekarang. Eh. Ke Ana sorang je. Do I care? Heh.
Well, dah alang-alang dah kat dusun buah tu, memang banyak la kan buah yang dikutip terutama rambutan. Hehe. Sambil kutip, sambil makan. Memang tae time la nak kutip buah2 yang belambak tu. But at last berjaya jugak la himpun, kutip semua buah nak bawak balik rumah. Tak kan tiap kali nak makan nak kena datang dusun. Ye dak. Ni pon da nak masuk Ramadhan da. Puasa nanti sah2 tak ada yang nak pi dusun dah.
0 pesanan buat saya :):
Catat Ulasan