Khamis, 11 Julai 2013

Top 10 Bazar Ramadhan

Bazar Ramadhan merupakan fenomena masa bulan puasa. Pada masa ini, semua warga Malaysia berpusu-pusu ke bazaar di waktu petang untuk membeli makanan. Untuk umat Islam memang untuk berbuka puasa, untuk orang Malaysia yang beragama lain pula untuk menjamu selera yang berbagai-bagai ini.
1. Stadium Shah Alam

Kelebihan: Terbesar di Selangor.
Makanan Terkenal: Papa John Kambing, Ayam Golek, Nasi Khabsa, Jus Mango "Oshin", Kebab Cucuk dan Kambing Golek.
2. SS18

 Kelebihan: Mula 3 petang, boleh beli awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan masalah tempat letak kereta.
Makanan Terkenal: Ayam Golek dan Kambing Golek Grill
3. Jalan Tar
 Kelebihan: Di tengah-tengah KL. Air murah harganya.
Makanan Terkenal: Cendol dan Air Mata Kuching (RM2 sahaja)

4. Kampung Baru
Kelebihan: Bubur Lambuk percuma di masjid. Terdapat kira-kira 150 gerai.
Makanan Terkenal: Bubur Lambuk, Roti John, Putu Bamboo dan Air Tebu.

 5. Taman Melawati
Kelebihan: Peluang untuk berjumpa dengan artis tempatan yang suka membuka gerai di sini.
Makanan Terkenal: Ikan Bakar, Roti Boom, Dim Sum, Air Kelapa dah Kuih-Muih.

6. Pantai Dalam
Kelebihan: Dekat stesen LRT "University".
Makanan Terkenal: Roti Jala, Kuih Cara, Ayam Percik dan Air Keladi.

7. Kelana Jaya
Kelebihan: Terletak di seberang Mini Market Giant di Jalan SS6/1, Kelana Jaya.
Makanan Terkenal: Nasi Kukus, Air Kelapa dan Tebu tanpa tambahan, Nasi Goreng dan Sotong Bakar.

8. TTDI
Kelebihan: Perniagaan bermula awal untuk menarik pelanggan dari semua kaum dan agama. Bagi yang tidak berpuasa boleh dapatkan makanan tengah hari dan minum petang di sini. Sesuai untuk penghuni di Damansara dan Bandar Utama sebab bazaar ini terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3.
Makanan Terkenal: Tepung Pelita, Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan Popiah.

9. Bangsar
Kelebihan: Di depan Masjid Bangsar dan Food Court.
Makanan Terkenal: Ikan Bakar Portugis, Raja Murtabak, Rojak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Percik, Rojala.

10. Bandar Baru Bangi
Kelebihan: Jauh daripada bandar KL di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi.
Makanan Terkenal: Ayam Golek, Nasi Ambang, Nasi Lemak Kukus dan Burger Bakar.

0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...