Sabtu, 31 Disember 2011

Memori 2011.

Assalamualaikum.


memori..?? harap maklum ana bukan la ingat sangat apa yang sudah lepas.
ok..ni serba sedikit yang dah berlaku sepanjang 2011.



1. Tahun 2011 merupakan tahun di mana ana meninggalkan zaman sekolah. Sekolah rendah dan sekolah menengah. huahua. Gaya macam apa je. ok. seriously ana rindukan zaman sekolah ni sebab ye la..banyak kenangan kot. rindu kawan-kawan masa sekolah.
rindu kawan-kawan yang selalu ambil berat pasal ana. aadila, nabila, najwa....







2. Ana bergelar wirawati. huahua. what..?? ana dipaksa rela untuk join PLKN. "..kami wira wirawati negara...kini masa kami berjaya..." huahua. serius. tak sangka pulak ana dapat plkn. mula-mula rasa tak best, menyampah pon ada. tapi lama-lama rasa best. enjoy pulak uh. haha. kat plkn, ada la pulak happy family. huahua. 3 bulan kot kami bersama-sama menumpuh suka dan duka.hehe.








3.Sepanjang tahun ni ada 2 orang insan dalam keluarga ana yang telah pergi meninggakan dunia yang fana ni. mereka ialah... arwah abah dan arwah tok. innalillah. al-fatihah buat kedua-dua arwah. moga-moga. roh mereka dicucuri rahmat.






4. Ok. part ni best. lepas abis plkn ana jadi pengasuh anak kak nor. jaga dua budak. firas dan rayyan. hehe. dua-dua comel. ok. sebelum ni tak la reti sangat nak jaga budak. tapi sekarang dah pandai dah. kira budak still boleh hidup dengan sihat la kalau ana jaga. haha. perasan. rutin harian ana masa ni hanyalah makan,tidur,online,jaga budak..... huahua.. so heaven. best kot. then...masa ni lah ana mula aktif berblogging. ana mula lah tengok tutorial blog yang ada. huhu.









5. Result SPM keluar. haish. ana tak ada feeling pon masa amik result. antara kecewa dan gembira. ok, fine. ana tak dapat pon straing a yang diidamkan. ana dapat 8a 2b. untuk lebih detail, ana dapat 6a+ 2a 2b+. hmm..bersyukur la dengan apa yang ana dah dapat. ana dah usaha kan..kan..




6. Ana sambung study kat Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Mula-mula tak sangka jugak dapat sini, tapi alhamdulillah, rezeki Allah kan. syukur. actually ana hanya dapat 2 tawaran je. antara Matrik Perak or PASUM. tapi, ana dah nakad pilih PASUM. So kena la amik cabaran bersaing dengan ramai budak-budak pandai yang lain.





7. Hidup kat PASUM ni kena pandai la urus masa sendiri. semuanya antara malas dan rajin je. alhamdulillah. semester 1 ana dah harungi dengan jayanya. dengan rezeki allah yang memberi ana kekuatan untuk hidup. ana berjaya dapat 4.00. harap-harap kejayaan sebegini akan datang lagi untuk semester 2 pulak. insyaallah.




Overall, rasanye itu je la apa yang ana nak share secara general. hmm.. ana harap tahun 2012 yang bakal menjelma nanti ana lebih bersemangat, lebih bermotivasi dengan azam yang baru. insyaallah.


wassalam. :)


SUBUH YANG HENING.......




Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih
sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?" Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?

Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau
dengan sebaiknya,wahai Subuh
". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.

"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",..
seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"

"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"

Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Waalaikumsalam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.

p/s : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? Jawapannya... tersirat dalam diri sendiri."

wallahua'alam....


Kisah cinta buah epal...



Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.

Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.

Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.

Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.

Waktu terus berlalu.

Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.

Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.

Wajahnya nampak sedih.

Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.

Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.

Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.

Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.

Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.

Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.

Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.

Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?

Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.

Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.

Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.

Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.

“Aku sedih” kata anak lelaki itu.

Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?

Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah

Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.

Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.

Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.

Maaf anakku” kata pohon epal itu.

Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.

Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.

Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.

Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.

Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.

Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.

Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu

Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.

Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.


Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua

Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.

Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.

Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.

Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.

Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,

Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.

Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.

Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat

Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.

Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta

Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..


Aduhai ayah, ibu… terima kasih engkaulah pelita dalam hatiku..
Ya Allah Ya Ghaffar
Tak kuasa lagi aku merangkai kata ini…
Dan hanya permohonan dari lubuk hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku…
Demi RahmatMu yang mendahului murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku
Duhai Zat yang selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri dihadapanMu.
Amin..



Jumaat, 30 Disember 2011

CONTEST PENCARIAN BLOG PALING CUN

Assalamualaikum.......

pada hari jumaat yang barakah ini...ana berminat nak join contest blog tercantik.

why..?? why..??? cantik sangat ke blog ana ni sampai sanggup berani mati join contest ratu cantik alam semesta ni..?? ops.! contest blog tercantik ok. huahua. nak perasan jap...






grr...sebab nya tak bukan kerana hadiah nya sangat lumayan...

nak tau hadiah nya ape..?? hehe.. sila klik.

hah..da tengok..?? lumayan bukan... sape la nak bagi ana benda uh free... yela. ana bukan adik dye. even bukan mak dye..hehe..


lolz...seperti biasa kan...setiap contest sure ada terma dan syarat yang perlu dipatuhi. amaran keras!! wajib dipatuhi.

ok..yang berikut ni di copy paste je.. ok.



SYARAT SANG PETALA BUMI!!!
♥ korang kene jadi follower aku (sebab aku nak follow up balik)
♥ Buat entri pasal peraduan nihhhhh
♥ Belog kene kemas dan cantik
♥ Kene tag pada kawan2 korang seramai yg boleyyyy (LIMIT 5 ORANG - mereka wajib tau!)
♥ sila link kan blog korang kat ruangan komen
♥ TARIKH TUTUP aku akan umum kan pada 15 JANUARY 2012

SYARAT PENAMBAHAN!
♥ TOLONG BERI LINK YANG BETUL!!!!
♥ JIKA LINK KORANG SALAH.. (TIDAK AKAN DILAYAN)
♥ SETIAP PENILAIAN AKAN DIAMBIL KIRA DARI SEGI KREATIVITI BLOG KORANG. DAN JUGA DINILAI MELALU KEHENDAK SYARAT DIATAS!!!
♥ TERBUKA KEPADA LELAKI DAN WANITA


hmm..da faham.?? ok. syarat nya tak la susah sangat macam nak jawab soalan final exam.. huahua..memang la..haish. ape ana merepek ni..?? grr..

ok2.. masa untuk tag geng ana..huahua..macam ape je.. ble pulak ana ada geng ni..
lolz...nak tag kawan-kawan yang cun lagi cantik lagi bergaya ni.. ops! tapi 5 orang je la ek...heeeeee...

->miera
->nana
->miey
->ika
->ain

ok.done.hehe...

wassalam.


1 Jam Tanpa Dosa

Assalamualaikum......

perkongsian di hari Jumaat..






Murid: Guruku, mungkinkah manusia tidak melakukan dosa 1 tahun lamanya?
Guru: Muridku, sungguh mustahil itu terjadi.
Murid : Kalau sebulan?
Guru : Itu juga masih tidak mungkin!
Murid : Jika seminggu?
Guru : Juga masih tak mungkin terjadi!
Murid : Mungkinkah, sehari tanpa dosa?
Guru : Itu masih sangat-sangat berat!
Murid : Bolehkah tanpa dosa selama 1 jam?
Guru : Jika itu, insyaallah dapat.
Murid : Jika begitu, saya akan berusaha menjaga 1 jam tanpa dosa. Lalu 1 jam lagi setelahnya. Kemudian 1 jam lagi. Dan 1 jam lagi. InsyaAllah.

Selamat mendisiplinkan diri menuju kemenangan...Senyum (✿◠‿◠)

p/s: insyaAllah, tahun baru ini kita semua mulakan dengan azam baru iaitu melipat gandakan amalan dan berusaha utk mencegah dari melakukn larangan-Nya, insyaAllah ^_^




9 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki

Assalamualaikum.......

pagi-pagi ni rasa nak post pasal ni......

grr...bukan ayat ana ye... dicopy and paste..jujur. haha.
yela.benda baik elok dikongsi kan..kan..





Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.



2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.



3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.



4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.



5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.



6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.



7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.



8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.



9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: – Bersopan satun

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain



.

Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri

wassalam.


Singkatan Message Dalam Handphone




























Khamis, 29 Disember 2011

LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA

Assalamualaikummmm.........

entri kali ini mengenai.........
"LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA..........."




kenapa ana nk lulu review blog ana ek???
simpe je...bcoz...


jujurnya...ana harap dapat tingkatkan trafik dan follower melalui segmen yang lulu buat ni...hehe... tak banyak pon tak pe...asalkan ada la jugak sedikit peningkatan.... kan..kan.. :D


next... sebab ana nak tau kelebihan dan kekurangan yang ada dalam blog ana ni... yele..tak ada la pulak blogger yang rajin nak review semua blog..haish.. kalau tak de orang yang review and bagi nasihat kat ana kan...macam mana la ana nak tau ape yang perlu ana improve kan,, we dont know what others think of us kan :D
grr...teringat dulu..ada blogger mana tah pena tegor yang lagu yang ana pasang dalam blog tak semua yang minat... so silent is the best... yeke..?? entah le... lain orang, lain perasaan..ye tak...


emmm..apa lagi ek..?? sebab ana nak sangat lulu yang review blog ana..?? dah lama ana follow blog lulu dan dah dapat banyak ilmu dan fakta daripada blog lulu.. ana suke sangat kalau blogger macam lulu sudi review blog ana.. ana akan hargai sangat :D


lagi...??? sebab ana harap ana akan dapat idea and cadangan daripada lulu untuk improve cara ana menulis,, ana harap readers akan lebih suka dan dapat input berguna daripada blog ana :D


tu jela kot yang ana harapkan daripada review daripada lulu,, harap ana dapat peluang untuk direview di blog lulu,, :D

wassalam.





Rabu, 28 Disember 2011

MEE vs BIHUN ~


bihun..


mee..




Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan disupermarket, mereka tak pernah bertegur sapa.

Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum,

“Dasar si kuning gemuk ingat orang suka sangat kat dialah tu!”

hari-hari berlalu namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain.
bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti.Bihun rasa marah dah berteriak;

“Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir kobuat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!”





*haha..

Azam 2012..:)



Assalamualaikum..

ngeee...

apakah..?? hehe..

seperti gambar di atas..
azam saya..?? hehe..nak kurang main game..

huahua...

apa taknya...masa exam pon sempat lagi main game...

haish...jangan..jangan...
jangan contohi saya...hehe

hehe..k...
wassalam.


Sebarkan..




""PERINGATAN UTK SEMUA!!
Minta sebarkan..
Jangan masuk toilet pada jam 23:59hrs, 31/12/2011 kerana anda akan keluar drp toilet pd tahun depan!!! XD""

*takyah nak kalut sangat laaa~* ==' annoying..
sila ketawa kuat-kuat...hahahahaaha...




Bermain..:)

Assalamualaikum........

huuuuu...akhirnya.......

haha..punye le malas nak tulis sebelum ni..asyik copy paste je...

ok.! ni yang real part. not the imaginary part..haha..(teringat math engine la pulak..??)

hmmm......actually nak post pasal ni hari sabtu lepas...

tapi......

tau kan..betapa malasnye nak menaip...lagipon internet problem kat rumah...

but...

after kakak call pihak tmnet...baru la ok........

tapi...still..tak post jugak..sibok copy and paste...huahua...

hmm..??? bermain..?? sape yang main..?? ana ker..?? ehh...tak..tak..bukan..bukan..

hehe...ana tolong jaga je..eceh...hehe..

petang sabtu tu..........
ana bawak la firas dan muhaimin bermain di taman permainan...
haish...tak lupe juga syima si cantik dan izzati si gemok pon ikut jugak..
haha...

grrr...cam tak ada motif je ana citer semua ni...
haha...

pape pon....layan je pic ni........
weeeeeeeeeee........


huhu...peace..!!


firas tak tengok camera pon..haish.


syima dengan muhaimin.


firas nak naik buaian.


hehe..weeeeee....


muhaimin pon nak jugak...


sepupu dua budak ni.


penat tul jage.


izzati yang kuat mengusik.


syima.


firas.


muhaimin.

the end. wassalam.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...