Assalamualaikum..
Wow .. nak cte skit pasal mengumpat nih... hehe.. mmg best mengumpat ni .. budak perempuan lagi la suke mengumpat... sehari tak mengumpat tak sah..tak lengkap hidup.. yeke..?? hehe..yele kot....
Dulu kebanyakkan orang mengumpat duduk kat kedai kopi , tepi tangga rumah mahupun tepi sungai .. Dan biasanya yang mengumpat kat situ , kita pun tahu la sapa kan ? Banyak sangat tunjuk dalam filem mahupun drama .. haha..
Skang ni ?? Perghhh …. Apa kelas ngumpat kat port port gitu kan ? Haaa.. Tak kira umur dah nak buat aktiviti gitu .. Port mengumpat ??? Aiseyman .. Tak susah beb .. Celik mata je , dah leh sambung ngumpat isu semalam kan kan ?
sekarang ni trend mengumpat dalam facebook pulak..tak pon twitter.. tak pon blog...
haish..macam-macam tempat-tempat ley mengumpat ni... face world ke..virtual world ke...kan..kan..
haish...kalau sehari tak bukak facebook....penoh la notification.... ble check je.. tengok member ngah ngutuk...haish..macam-macam hal la dunia sekarang ni kan...
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang yg melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yg melakukan umpat TIDAK AKAN DIAMPUNKAN DOSANYA sebelum diampun oleh orang yg diumpat.” - Hadis riwayat Ibnu Adib Dunya dan Ibnu Hibbad.
Kalau banyak pahala , best mengumpat ni .. Sedekahkan pahala tu pada si dia yang diumpat itu .. Kan kan ?
Sabda Rasulullah saw lagi yg bermaksud :
Di akhirat seorang manusia terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yg tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka dia berkata kepada Allah, "wahai Tuhanku, daripada mana datangnya kebaikan yg banyak ini? sedangkan aku tidak pernah melakukannya. " Maka Allah menjawab "semua itu pahala orang yang mengumpat engkautanpa engkau ketahui".
Wallahualam ..
0 pesanan buat saya :):
Catat Ulasan