Sabtu, 31 Disember 2011

Memori 2011.

Assalamualaikum.


memori..?? harap maklum ana bukan la ingat sangat apa yang sudah lepas.
ok..ni serba sedikit yang dah berlaku sepanjang 2011.



1. Tahun 2011 merupakan tahun di mana ana meninggalkan zaman sekolah. Sekolah rendah dan sekolah menengah. huahua. Gaya macam apa je. ok. seriously ana rindukan zaman sekolah ni sebab ye la..banyak kenangan kot. rindu kawan-kawan masa sekolah.
rindu kawan-kawan yang selalu ambil berat pasal ana. aadila, nabila, najwa....







2. Ana bergelar wirawati. huahua. what..?? ana dipaksa rela untuk join PLKN. "..kami wira wirawati negara...kini masa kami berjaya..." huahua. serius. tak sangka pulak ana dapat plkn. mula-mula rasa tak best, menyampah pon ada. tapi lama-lama rasa best. enjoy pulak uh. haha. kat plkn, ada la pulak happy family. huahua. 3 bulan kot kami bersama-sama menumpuh suka dan duka.hehe.








3.Sepanjang tahun ni ada 2 orang insan dalam keluarga ana yang telah pergi meninggakan dunia yang fana ni. mereka ialah... arwah abah dan arwah tok. innalillah. al-fatihah buat kedua-dua arwah. moga-moga. roh mereka dicucuri rahmat.






4. Ok. part ni best. lepas abis plkn ana jadi pengasuh anak kak nor. jaga dua budak. firas dan rayyan. hehe. dua-dua comel. ok. sebelum ni tak la reti sangat nak jaga budak. tapi sekarang dah pandai dah. kira budak still boleh hidup dengan sihat la kalau ana jaga. haha. perasan. rutin harian ana masa ni hanyalah makan,tidur,online,jaga budak..... huahua.. so heaven. best kot. then...masa ni lah ana mula aktif berblogging. ana mula lah tengok tutorial blog yang ada. huhu.









5. Result SPM keluar. haish. ana tak ada feeling pon masa amik result. antara kecewa dan gembira. ok, fine. ana tak dapat pon straing a yang diidamkan. ana dapat 8a 2b. untuk lebih detail, ana dapat 6a+ 2a 2b+. hmm..bersyukur la dengan apa yang ana dah dapat. ana dah usaha kan..kan..




6. Ana sambung study kat Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Mula-mula tak sangka jugak dapat sini, tapi alhamdulillah, rezeki Allah kan. syukur. actually ana hanya dapat 2 tawaran je. antara Matrik Perak or PASUM. tapi, ana dah nakad pilih PASUM. So kena la amik cabaran bersaing dengan ramai budak-budak pandai yang lain.





7. Hidup kat PASUM ni kena pandai la urus masa sendiri. semuanya antara malas dan rajin je. alhamdulillah. semester 1 ana dah harungi dengan jayanya. dengan rezeki allah yang memberi ana kekuatan untuk hidup. ana berjaya dapat 4.00. harap-harap kejayaan sebegini akan datang lagi untuk semester 2 pulak. insyaallah.




Overall, rasanye itu je la apa yang ana nak share secara general. hmm.. ana harap tahun 2012 yang bakal menjelma nanti ana lebih bersemangat, lebih bermotivasi dengan azam yang baru. insyaallah.


wassalam. :)


2 pesanan buat saya :):

akuamir berkata...

wahh,, best gila 4 .00 flat,, camana nie...

salam kenal,, klo sudi singgah la blog saya,... :)

Ce'gu JAERA berkata...

woww.. hebat.. semoga kenangan itu akan menjadi kenangan manis sepanjang zaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...