Selasa, 13 Mac 2012

10 Soalan 10 Jawapan


Assalamualaikum..

Hari ini admin Geng Fiqra ada buat aktiviti untuk Geng Fiqra...dan Ana nak join..
hehe..weeeeeeeeeeee..... LOL.just kena buat satu entry.. "10 Soalan 10 Jawapan"

*klik
So, sila copy paste dan jawab soalan soalan ini:

1) Dimana awak tahu kewujudan Geng fiQ'Ra?
Hmm..melalui facebook, ada kawan Ana ni suka sangat beli barang online..  Butik Fiqra, salah satu butik online yang dia ada beli barang...then baru la tahu akan kewujudan Geng Fiqra.

2) Apa tujuan awak join Geng fiQ'Ra?
LOL. of course la sebab nak tambah kenalan blogger yang super duper hebat yang ada sekarang ni..di samping itu nak promosikan blog Ana yang biasa ni. And ternyata Geng Fiqra memang best. Tak rugi pon join.

3) Apa nama sebenar awak? (jangan la tipu2. elok2 mak ayah bagi nama kan?)
Norfarhana Binti Ahmad @ Muhd Zailani. Just panggil Ana, Fana, or Farhana... pon boleh..

4) Berapa umur awak tahun 2012 ni? (jujur je. buat apa nak malu)
19 tahun...tarikh lahir tak nak ke..?? 6 Jun 1993.. nanti bagi hadiah ye..hehe. just kidding.

5) Apakah cita2 awak selama awak hidup?
Banyak sungguh cita-cita...dulu masa sekolah nak jadi ahli perniagaan..then masuk sekolah menengah pulak nak jadi doktor...alih-alih..bila masuk PASUM ni pulak...nak jadi engineer la pulak..... huahua... tapi...cita-cita yang tak pernah berubah ialah nak jadi hamba Allah yang bertakwa dan mati dalam iman. Amin,insyaallah.

6) Andai awak di fitnah sampai di heret ke penjara + hukum gantung, apa tindakan yg awak akan buat??
OMG...amboi...melampau sungguh fitnah ye.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku. Of course la kena pertahankan diri ini. Kalau betul kita tak salah, Allah pasti tolong..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.

7) Awak percaya tak rakan di alam maya?
Hmm...ada yang boleh percaya dan ada yang tidak. Depend on condition la. Kalau perempuan Ana boleh la jugak lau nak percaya, kalau lelaki kurang sikit la. So far Ana percaya la dengan Geng Fiqra. Awesome. You will never knew it until you meet them.

8) Awak suka cabaran tak? kalau ya, contoh cabarannya?
LOL..pastinya tidak suka. Tapi hidup kita ni penuh dengan onak dan durinya... Even, nak bangun pagi pon da ada cabaran dah...belum lagi kalau keluar bilik, keluar rumah, keluar negeri.... So,take it as granted, try the best setiap apa yang dihadapkan..

9) Awak makan sehari berapa kali?
Kalau kat rumah, nak makan berapa kali pon boleh... tapi kat kolej..nak jimat punya pasal makan nasi sekali je... kalau lapar lagi makan le pape pon yang ada...biskut, roti, jajan... Tapi kadang-kadang makan 2 kali..

10) Andai kata, ajal awak sudah makin hampir, 5 perkara yang awak akan buat sebelum awak meninggal dunia?
Ajal maut di tangan Allah...kalau boleh...sebelum tu...Ana nak..
  • Kahwin...*gatal..haha
  • Dapat kerja yang best dan senang..*apa la benda yang senang kat dunia ni ye?
  • Bantu adik-beradik Ana dan balas jasa mak.
  • Tunaikan haji dan umrah.
  • Pergi melancongg kat oversea..weee.....*kalau la ada banyak duit kan.


17 Mac 2012 tarikh last submit link di entry ini :)
terima kasih

siapa2 boleh join. silakan :)


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...