Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bertemu kembali kita...weeee....:) riang gumbiranya hati ini. :)
Well..hari ni Ana nak share satu fakta yang menarik dengan kawan-kawan semua
Adam dicipta dari tanah.
Malaikat dicipta dari cahaya.
Jin dicipta dari api.
dan...Haiwan dicipta dari apa pula.?
SETIAP HIDUPAN DIJADIKAN DARI AIR
Cuba perhatikan ayat Al-Qur’an yang berikut:
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاء كُلَّ شَيْءٍ
حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُون
Adakah tidak melihat
orang-orang yang kafir bahwasanya langit dan bumi keduanya dahulu
menyatu lalu Kami belah keduanya, dan Kami jadikan dari air tiap-tiap
sesuatu yang hidup maka apakah tidak mereka beriman? (Al_Anbiyaa’: 30)
Hanya selepas adanya peningkatan dalam
kemajuan sains kita dapat mengetahui bahawa sitoplasma (cytoplasm) ,
iaitu bahan asas sesuatu sel itu mengandungi 80% air. Penyelidekan
moden juga mendapati kebanyakan organisma terdiri dari 50%-90% air dan
setiap entiti hidup memerlukan air di dalam kehidupannya.
Adakah mungkin manusia pada 14 abad yang
lalu dapat menyangka bahawa setiap benda hidup dijadikan dari air?
Malah adakah sangkaan begini dapat dibayangkan oleh seorang manusia di
tengah-tengah padang pasir negeri Arab di mana kawasan ini selalu
mengalami kekurangan air?
Ayat Al-Qur’an yang berikut menerangkan kejadian binatang-binatang daripada air:
وَاللَّهُ خَلَقَ كُلَّ دَابَّةٍ مِن مَّاء
Dan Allah telah menciptakan tiap-tiap makhluk melata dari air. (An-Nuur : 45)
0 pesanan buat saya :):
Catat Ulasan