Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2012 dibuka untuk Pelajar STPM / Asas / Matrikulasi yang lulus minimum PNGK 3.75 pada 1 Mac 2012.Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(a) Syarat Asas
Biasiswa Tunku Abdul Rahman permohonan biasiswa tunku abdul rahman 2012
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
(i) Pelajar STPM / Asas / Matrikulasi yang lulus minimum PNGK 3.75.
(ii) Pemohon juga dibuka kepada pelajar-pelajar yang sedang dalam pengajian ijazah pertama IPT tempatan dalam negara jika mencapai minimum PNGK 3.75.
(iii) Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iv) Memiliki kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam kokurikulum (terutama di peringkat luar sekolah / universiti).
* Calon yang berjaya hanya ditentukan selepas menerima keputusan sebenar peperiksaan. Pemberian biasiswa tertakluk kepada pemohon diterima masuk Institusi Pengajian Tinggi tempatan Negara.
(c) Syarat Tambahan
(i) Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5) tahun selepas tamat pengajian yang ditaja.
KADAR BIASISWA
Kadar Biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa. Pemberian Biasiswa Tunku Abdul Rahman ditetentukan secara muktamad dan mutlak oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman.
PERMOHONAN
Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman.
Tarikh permohonan : 1 hingga 30 Mac 2012
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat di bawah selewat-lewatnya 30 Mac 2012. Alamatkan kepada:
Yayasan Tunku Abdul Rahman
A-10-10, Menara UOA Bangsar
59000 Bangsar
Kuala Lumpur.