Jumaat, 27 April 2012

8 Amalan yang boleh Merosakkan Otak

Assalamualaikum.
Dalam banyak perkara, kadang-kadang kita terlupa akan beberapa amalan yang sememangnya kita ambil mudah. Ini termasuklah amalan harian yang sering kali kita lakukan. Namun, sedar atau tidak, di sebalik amalan tersebut juga sebenarnya ada amalan 'bahaya' yang kita tidak sedari. Hinggakan pada satu peringkat, amalan tersebut boleh mengancam kesihatan kita.

1 Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


2 Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


3 Perokok
Asap rokok menyebabkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4 Banyak tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak,, tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


5 Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar di dalam tubuh manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6 Kurang berimaginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan dan keaktifan otak menurun.


7 Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Seterusnya akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


8 Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kepada kecerdasan otak.


Wassalam.

3 pesanan buat saya :):

Unknown berkata...

no 4 selalu buat..
macam mana nie???

Unknown berkata...

saya banyak berangan,kira banyak berimaginasi dan berfikir jugak ker??? =D

dwatyKNY berkata...

Alamak... Semuanya terkena diri aku... Bahaya ni...:-{

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...