Jumaat, 27 April 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012

Assalamualaikum.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 diadakan pada 27 April hingga 6 Mei 2012 bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Masa ditetapkan dari 10 pagi hingga 7 malam bagi Isnin hingga Khamis dan bagi cuti hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad pada 10 pagi hingga 9 malam. Tema pesta buku ini adalah "Dunia Tanpa Sempadan".

Wohaa..hari ini hari first Pesta Buku ni dan Ana sudah pergi pon petang tadi dengan Najwa dan kawan-kawan serumahnya. Hihi. Best la. Sangat banyak buku dan semestinya Ana rambang mata nak pilih buku apa sebab terlalu banyak buku yang ada.  Ana just beli 3 buah buku je. Cukup lah tu. Ana bukan la ulat buku sangat pon, buku yang sedia ada pon tak habis baca lagi. Wokeh, lepas ni misi menghabiskan baca buku ni semua dan selepas tu boleh la Ana kongsi sikit mengenai buku ni tapi semestinya selepas Ana habis baca la ye. Hihi. :)

Kakak penjual buku ni kata buku ni menarik. Dia yang syorkan pada Ana. Dan....kakak ni juga merupakan kakak kepada salah seorang kawan Ana di Pasum. OMG. Ain, kakak kau rupanya, patut la muka hampir sama. Hihi.

Buku ni memang Ana nak beli sangat. Sebelum ni Ana dah beli The Secret Dreamworld of a Shophaholic . Yang ni pasal anak dia pulak. Agaknya nak cerita pasal dia punya 7 keturunan kot. haha. Pon boleh....

Okeh. Buku ini antara buku yang Ana nak sangat ada untuk koleksi diri sendiri. Sebelum ni Ana ada join GA untuk dapat buku ni...tapi malangnya tak dapat. Jadi kena beli guna duit sendiri la. Yey...sekarang Ana dah ada pon buku ni. Hihi.

Huh. Tadi Ana dengan Najwa punya la seronok berjalan-jalan melihat-lihat buku. Then tiba-tiba muncul 2 orang pak cik (actually tak da la tua sangat..haha..sangat kejam) datang kata nak buat survey sikit, "Kejap je..3 minit je". Huh, 3 minit la sangat kan..punya lama. Najwa sekejap je kena tanya, Ana punya la lama. Apa la pak cik ni, banyak tanya betul. Mula-mula tanya pasal diri. Heh, pak cik ni nak ngorat Ana ke apa. Tak nak! Saya tak nak jadi isteri ke 4 pak cik.!! (terperasan sebentar.) Then, bermula lah sesi soal jawab nya... blabalabla... malas betul nak layan.. "Okeh ye Farhana, ada 4 faktor kenapa pelajar tak dapat kuasai Bahasa Inggeris...pertama,sebutan......blablabla..." Dah..malas gila la nak dengar. Ana cakap nak pergi pon dia still tak nak lepaskan, sebaliknya bising2 pulak suruh stay. Adoyai.. tak pasal-pasal kena ceramah free. Apa-apa pon lepas ni serik la, tak kan berhenti dah kalau ada orang nak survey pape. Sangat la mengjengkelkan!!
Maaf. Saya tak berminat!
Then selepas selesai menjelajah seluruh tapak Pesta Buku tu, kami pon berkumpul la kat The Mall pulak. Kan semua pakat berpecah masa jalan-jalan tadi. Hihi.

Cik Najwa, suka ya dapat belon. OMG. Kenapa la kita berdiri lama-lama depan pak cik penjaga belon tu, then ko buat muka kesian macam kanak-kanak umur 2 tahun minta belon. Haha..tapi pak cik tu sporting nya..dia bagi jugak belon kat kau. Tiba-tiba terasa keluar jalan dengan anak buah la pulak.

Sumpah, muka Ana sangat lah teruk dalam gambar ni. Haha. Korang je la yang comel dalam gambar ni. LOL.

Sekejap je jumpa Najwa. Huhuk. Bila la nak jumpa lagi kan sayang. Next time kita hangout lagi ye Awa.
*Kat LRT Sentul Timur masa tunggu Kak Nor jemput.

3 pesanan buat saya :):

MISS IMAKASIHDANI berkata...

seronok nye. rindu nak g pesta buku dg kwn2 T^T

http://kasihdani.blogspot.com/2012/04/aku-berjaya-genggam-segulung-diploma.html

-NZ- berkata...

hehehe..sy mmg comel pun kan..sbb tu dpt belon tu. tapi sygnye, belon da pecah.. :(

ezyra taharin berkata...

waaaa 2nd buku uwhhh!!!zyra da lme usha tp mhal gak kn..so tk dpt beli ag...nak g sne gak laa......hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...