Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Allah masih lagi beri ana ruang dan waktu lagi untuk bernafas di atas muka bumi ini. Alhamdulillah.
Kuasa Allah, semasa ana tengah gathering buat kali terakhir dengan rakan-rakan group ana (Group D2), meraikan proses pembelajaran di PASUM telah berakhir, berakhir dengan tragedi ana kena pergi PPUM untuk mendapatkan rawatan. Yeah. Sebab apa? Sila rujuk rujukan1 dan rukujan2 untuk maklumat lanjut. Ana agak malas nak kupas panjang lebar. Maaf.
Seawal jam 7.30 petang ana dengan ditemani Zulhusni, Izzat dan Shazwan tiba di PPUM. Dengan jalan yang agak sesak menyebabkan kami tiba lambat sedikit. Pembantu kesihatan terus mengambil penerangan dari ana untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Agak lama juga ana menunggu di ruang menunggu. Ramai orang pada masa itu dengan masalah kesihatan masing-masing.
Setelah agak 3 jam menunggu, barulah nama ana dipanggil untuk mendapatkan rawatan dan alhamdulillah doktor sangat memahami. Good job! Kemudian, ana perlu menjalani ujian darah, urine dan x-ray pada bahagian yang sepatutnya. Then, Along tiba semasa agak-agak pukul 12 malam. Ana suruh Along hantar kawan-kawan ana pulang kolej dahulu. Thank kawan-kawan sebab sudi teman ana. Good job!
Selepas tu, jumpa doktor lagi sebab doktor perlu lihat dan analisis hasil ujian darah, urine dan x-ray ana tu. Then, doktor surgical pulak yang ambil alih ana. Sementara menunggu kehadiran doktor surgical, ana ditempatkan di sebuah bilik yang di mana juga terdapat pesakit yang lain menunggu rawatan susulan. Doktor surgical tiba pada jam 2 pagi (tak pasti) dan terus check keadaan ana. Doktor kata maybe ana perlu minor surgery untuk bersihkan pusat ana tu. Tapi still perlu tunggu lagi sebab tak pasti lagi.
Dalam pukul 4.30 pagi, pembantu kesihatan ambil darah dan suhu badan ana serta ana diberikan antibiotik. Ana tak demam pon. Then agak-agak pukul 8 pagi ana diberi painkiller dan sekali lagi antibiotik. Seriously, semasa antibiotik dimasukkan dalam tubuh ana, rasa sangat sakit umpama kena cucuk-cucuk je. Dalam pukul 10 pagi, sekumpulan pembantu kesihatan (ana rasa mungkin dari bahagian surgical) tiba. Dorang check ana dan berbincang sesama mereka. Ana diputuskan untuk discharge dari PPUM. Tapi selama seminggu ana perlu ke klinik kesihatan untuk bersihkan pusat ana. Hari Isnin pulak ana perlu hadir di PPUM untuk mendapatkan rawatan susulan. Alhamdulillah, Ana tidak perlu melalui proses pembedahan. Seriously takut dan resah sepanjang malam, tapi disebabkan kepenatan, ana tertidur jugak malam tu.
Then, ana ambil ubat dan pulang ke kolej untuk uruskan check out dan ambil semua barang ana. Terima kasih roomate ana sebab tolong kemaskan barang ana and then tolong bawa turun semua barang ana. Good job!
Dan sekarang, ana sudah berada di rumah kakak ana. Selepas ni perlu setiap hari pergi klinik dan makan antibiotik yang dibekalkan. Doakan yang terbaik untuk ana. Insyaallah.
Co-Amoxiclax 500/125 Tablets |
Paracetamol |
Tramadol 50mg Capsules |
3 pesanan buat saya :):
kuat sgt ke skit?cian ana..semoga cpt sembuh tw
fana ~ jage diri bebaik tauu ~ ::( xnk sakit :(
Semoga cepat sihat ye ana... ^_^
Catat Ulasan