Jumaat, 20 April 2012

Kehidupan di PASUM

Assalamualaikum.
Hari ini Ana bersemangat la sikit nak recall balik kenangan-kenangan ana masa belajar kat Pasum ni. Sangat lah malas nak tulis, tapi kena gagahkan diri juga untuk menulis. Maybe info ni berguna buat junior yang akan masuk Pasum tak lama lagi. Sedikit sebanyak boleh la bantu junior semasa bergelar pelajar Pasum.

Belajar kat Pasum ni seriously best! Kenapa dan mengapa?

Kolej Kediaman 12 yang best!
So far sepanjang Ana tinggal kat KK12 ni okeh la. Kemudahan penginapan okeh. Kalau ada problem pape just inform pihak pengurusan kolej. Dalam 2,3 hari lepas tu okeh balik la. Blok A & B untuk boys dan C & D untuk girls. Lift disediakan. Kalau lift tu rosak, nasib badan la kena naik tangga, tambah-tambah sape yang bilik kat tingkat 9, memang exercise la. Satu blik share 2 orang, korang boleh la pakat masa daftar, pastikan korang beratur dekat-dekat masa daftar kalau nak bilik yang sama. Kalau korang daftar awal dapat bilik kat aras paling tinggi, so kalau nak bilik paling bawah, datang daftar lambat la ye. Kemudahan lain macam gelanggang futsal, bola jaring, badminton, cafe, tasik dan lain-lain pon ada. Kesimpulannya lengkap la.



Tempat belajar yang best!
Batch Ana batch pertama yang guna bangunan Pasum yang baru ni. Sangat lah best dan lengkap kemudahannya. Batch kami guna auditorium untuk kuliah, tapi budak hayat 2 guna bilik ADK. Tak tahu la lepas ni guna Dewan Kuliah Utama pulak kot kalau dewan tu dah siap renovate. Ada group yang guna bilik tutorial dan bilik seminar. Then lab physic, biology dan chemistry. Depend pada jadual korang la nanti dapat lab yang mana. Make sure korang tahu mana bilik tutorial korang, jangan sesat masuk bilik lain sudah la. Tapi lama-lama conform tahu nye selok belok pasum ni, bukan besar sangat pon. Overall, semua ada air cond, so tak ada lah rasa panas masa belajar, kecuali masa lab la.

Tenaga pengajar yang sporting!
Okeh..tanaga pengajar di sini merangkumi lecturer, tutor, pembantu makmal dan lain-lain. Korang tak perlu risau sangat masa belajar kat sini sebab style belajar masih macam kat sekolah, cuma lain sikit la..tak ada orang nak paksa ko nak belajar ke tak. Nota lecturer bagi, korang just kena salin, kalau tak sempat...pandai-pandai la minta kat kawan yang sempat. Ada jugak lecturer yang bagi handout dan letak kat spectrum. Then korang boleh la print out kat kedai photostat kat kolej tu. Biasanya abang kedai tu akan photostat banyak2, so korang kena rajin singgah kedai dia la tengok ada nota baru tak. Soalan past year pon ada jugak dijual, so tak payah susah2 la nak cari senior mintak nota, past year bagai..korang beli je kat kedai tu..semua ada. Kedai tu penting la untuk update nota korang..ops..seseorang perlu la print dulu..lepas tu baru abang tu akan print banyak2. Ingat abang tu ada ke access spectrum? Korang je la. Then..before pergi kelas tutorial, make sure korang dah buat dah tutorial hasil usaha korang sendiri.. tapi ada je yang meniru.. heh. Budak pandai pon meniru? Ada la..korang ingat tak da ke. Tepuk dada tanya iman. Masa tutorial la korang nak tanya semua perkara yang korang tak paham masa kuliah. Sebaiknya duduk lah depan. senang nak tanya tutor kalau tak paham.

Internet free 24 jam tanpa henti!
Wohaaa..ini lah yang paling best. Tapi.....tak lah laju sangat macam kat rumah kat. Biasalah tu kalau tiba-tiba tak dapat access internet. Hikmahnya nak suruh korang study la. Internet paling laju bila weekend coz ramai yang balik...antaranya Ana le tu..hihi. So, belajar kat pasum ni tak ada la stress sangat. Kalau stress boleh online, facebooking lah siang malam...

Suka hati nak keluar masuk!
Ini Ana tak sure sangat sampai pukul berapa limitnya...sebab Ana jarang keluar lewat sangat. Tapi setiap minggu Ana balik rumah. Ops, bukan Perak la..tapi rumah kakak la.. Kalau rumah dekat senang la nak balik selalu. Okeh. Dengan kedudukan UM yang kat tengah bandar KL...so macam-macam tempat le korang boleh pergi dengan adanya kemudahan awam, LRT Universiti paling dekat dengan UM..jalan kaki je. Then....teksi dan bas belambak la.. Senang la kalau nak shopping ke, tengok wayang ke, balik kampung ke, apa-apa je la kan...

Kawan-kawan yang super duper best!
Okeh..budak-budak pasum bukan lah semuanya nerd seperti yang disangka. Yups. Kebanyakannya budak straight A...tapi tak ada pon yang bangga riak yang tentu pasal. Bila masuk pasum ni semua orang bermula dengan tak ada apa-apa. Semuanya benda baru yang perlu belajar. So, saling tolong menolong dalam pembelajaran tu perlu ada. Yang pandai ajar yang lemah dan  masing-masing belajar dari kesilapan. Kat pasum ada group tutorial. Kalau budak hayat..tak hairan lah kalau ramai perempuan and kalau budak fizikal tak hairan lah kalau ramai lelaki. Budak alam bina paling sikit, so dorang mudah la nak kenal antara satu sama lain. Macam Ana, Ana fizikal..group Ana 5 orang je perempuan..yg lain semua lelaki. Dalam satu group tu ada tak lebih dari 25 orang. Bila dah lama kenal, belajar sama-sama...dah jadi rapat. Group rasa macam siblings je, sangat lah rapat. Bila habis pasum mulalah sedih bagai. Seriously sangat best dan banyak kenangan masa kat pasum ni.

Wokehh...Ana tak tahu nak cerita apa lagi...just kalau ada apa-apa jangan segan-segan bertanya. Just drop your comment and I will reply asap. Tanya je. Ana tak makan orang. Hihi. Wokeh. Kepada adik-adik yang dapat Pasum, all the best! Good Luck! Dapatkan 4.00...!! wohaa...
Pasum
Bangunan Pasum
Tasik waktu malam
Dari balkoni
Meja study
Katil
Almari
Kolej Kediaman 12

5 pesanan buat saya :):

coklat susu berkata...

wahh terer la sis jeles tgk :/

Unknown berkata...

jom join giveaway queenpink

http://roszaliza.blogspot.com/2012/04/siapa-nak-hadiah.html

baashah;D berkata...

woa!really help me a lot!tengs kak! :)

Rainbow Troops berkata...

kak ana. kat sana belajr math kan. kite gune kalkulator ape ye? still 570 mcm spm ke? or gune yg lagi advance? em, ap beza hayat 1 dan hayat 2?

Unknown berkata...

@Rainbow Troopsadik..nak guna kalkulator tu pon boleh..nak guna yg lagi advance pon boleh... budak fizikal slalunye nak guna yg advanced sikit,sebab blaja banyak math.hayat 1 dan 2 sama je... just dipecahkan kpd 2 group sbb ramai sngt bdk hayat...slalunya bdk hayat1 400 org and hayat 2 200 orang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...