Ops! |
Diet sering gagal dilakukan kerana:
*Selepas diet, anda merasakan ingin menambah berat badan dengan cepat. Apabila anda amalkan diet secara melampau, metabolisme badan jadi perlahan. Tetapi sevaik-baik sahaja anda makan seperti biasa, metabolisme akan meningkat berkali-kali ganda.
*Anda mungkin hilang fokus apabila menghadiri majlis jamuan makan atau parti. Jika makanan yang terhidang itu tidak menepati pelan diet anda, apa yang boleh anda lakukan? Tepuk dada tanya selera.
2 Prihatin dengan Makanan
Beri perhatian kepada apa anda makan, nikmati setiap suapan dan memilih makanan yang berkhasiat.
*Elakkan gangguan ketika makan. Cuba latih diri untuk tidak makan ketika sedang bekerja, menonton televisyen, membaca, menggunakan komputer atau memandu.
*Kunyah makanan dengan sempurna. Kunyah setiap suapan dengan 40 kali sebelum menelan. Kesannya, ia akan memberi masa yang lama untuk perut berasa kenyang.
3 Strategi Tempur Emosi Makan
Adakah anda makan apabila terasa lapar atau sudah menjadi kelaziman mengambil makanan ringan semasa menonton televisyen? Hakikatnya, apabila anda sudah mengenal pasti punca kecenderungan emosi makanan anda, perlahan-lahan ubah tabiat yang selama ini membantutkan usaha diet anda.
*Jika rasa tertekan atau bosan, carilah aktiviti yang berfaedah seperti bersenam, membaca buku, berendam dalam air suam atau menikmati pemandangan yang indah.
*Jika terasa kesunyian, carilah kawan dan bukannya peti sejuk!
4 Amalkan Makan Buah, Sayur dan Serat
Untuk menurunkan berat badan, anda perlu kurangkan pengambilan kalori, namun itu tidak bermakna perlu kurang makan! Anda masih boleh berdiet selagi anda memilih makanan dengan bijak.
*Jika anda ingin menurunkan berat badan tanpa rasa lapar, mulakan dengan makan makanan tinggi serat. Makanan tinggi serat mengambil masa yang lama untuk dihadamkan. Ini bermakna perut akan terasa kenyang dalam tempoh yang lama.
*Nikmati buah-buahan pelbagai warna seperti strawberi, epal merah, oren, plum, pisang dan syuran hijau.
*Amalkan juga kekacang dan bijiran tinggi serat seperti oat, beras perang, roti gandum.
5 Hadkan Jumlah Makanan
Anda masih boleh menikmati makanan berkalori tinggi seperti ais krim, kek atau coklat. Yang penting adalah makan hidangan 'kecil' itu bersama pilihan kalori yang lebih rendah. Contohnya, ais krim strawberi dan bersama sebatang lobak merah.
*Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil atau dipotong dalam kepingan kecil. Kemudian hidu makanan yang anda ambil dan kunyahlah dengan perlahan-lahan.
6 Pengaruh Sekitar Terhadap Makanan
Usaha menurunkan berat badan sama ada berjaya atau tidak bergantung pada pengaruh sekeliling.
*Mulakan hari dengan sarapan pagi. Dengan bersarapan pagi, metabolisme akan naik dan seterusnya membantu menyihatkan badan.
*Masak sendiri makanan di rumah membolehkan anda mengawal kandungan lemak, natrium dan kalori.
7 Ubah Cara Hidup
Selain mengutamakan pemakanan, anda juga boleh menurunkan berat badan dan berdiet dengan membuat pilihan mengamalkan gaya hidup sihat.
*Dapatkan tidur yang cukup. Tidur yang berkualiti adalah lapan jam.
*Dapatkan banyak senaman. Senaman adalah kawan terbaik ukuran diameter. Ia bukan sahaja membakar kalori tetapi juga meningkatkan metabolisme anda.
3 pesanan buat saya :):
nak langsing... hehehehe
~tengah usaha..>_<
wah nak try la cmni..hihi mau kurus ni..dr L nk ke S boleh tak??hihi tak dpt pon M pon ok la kan :)
Catat Ulasan