Selasa, 24 April 2012

Tips Pemilihan Jenis Tudung dan Gaya Seiring Bentuk Muka.

Assalamualaikum.
Hari ini Ana nak share mengenai tip bagi memilih jenis tudung dan gaya yang sesuai untuk digayakan berdasarkan bentuk muka kita.
Cantik :)

Wajah Oval.
Anda bebas memilih gaya tudung yang diinginkan. Walaupun anda menggunakan selendang, anda tetap boleh mengenakan selendang bersama anak tudung. Ini kerana, bentuk wajah sebegini sememangnya menjadi idaman semua.


Wajah Petak.
Tulang rahang anda kelihatan jelas dengan memiliki bentuk wajah sebegini. Bahagian dagu pula kurang kelihatan. Anda perlu bijak menggayakan tudung atau selendang untuk menyembunyikan tulang rahang anda. Caranya, pilihlah gaya lilitan apabila menggayakan selendang. Elakkan membuat ikatan ke belakang tengkuk kerana ini hanya akan memperlihatkan tulang rahang anda.


Wajah Panjang.
Anda memiliki dagu yang panjang. Untuk mengelakkan kening nampak tinggi, anda disarankan memakai anak tudung ke bawah sedikit menghampiri atau menutupi sedikit bahagian kening. Penggunaan anak tudung syria dijangka dapat membantu untuk menutupi sedikit bahagian kening anda yang tinggi. Namun begitu, wajah sebegini sesuai menggayakan apa jua jenis selendang.


Wajah Bulat.
Wajah sebegini disarankan untuk memilih anak tudung yang lebih anjal agar tidak membuatkan pipi anda tampak lebih tembam. Ini akan membuatkan ilusi wajah anda kelihatan memanjang. Anda disarankan memilih selendang yang nipisagar kepala anda tidak kelihatan lebih besar. Selendang pashmina nipis atau mini sangat sesuai untuk wajah anda.


Wajah Segi Tiga atau Berlian.
Seperti bentuk wajah oval, anda bebas menggayakan apa jua jenis selendang. Ini kerana wajah anda yang tirus mudah menggayakan apa jua anak tudung dan selendang. Namun begitu, untuk membuatkan wajah anda tampak sekata, tarik selendang atau anak tudung ke hadapan sedikit pada bahagian rahang agar sekata dengan bahagian pipi dan kening.


Sumber: Majalah Dara.

0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...