Sabtu, 28 April 2012

Mendengar vs Mengantuk

Assalamualaikum.
Rasa mengantuk dalam kuliah? Inilah fenomena yang tidak asing lagi dalam kalangan pelajar. Apatah lagi jika kuliah menjelang tengah hari dan lewat petang. Sudah pasti ramai pelajar yang tertunduk ke lantai meja. Tidak cukup dengan tertidur, ada juga yang menyumbang bunyi dengkuran. Ada juga yang berkhayal, bersembang atau mengganggu rakan. Salah siapa? Salah mata yang mengantuk atau kuliah yang tidak menarik perhatian?

Masalah ini dapat dikurangkan jika pelajar mengikuti panduan kemahiran mendengar secara aktif seperti yang tersenarai di bawah ini. Tahukah anda, kemahiran mendengar merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia yang melibatkan aktiviti kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.


Kedudukan
Penglihatan anda terhadap guru atau pensyarah perlulah jelas dan tidak terhalang. Pertembungan empat mata adalah penting kerana hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang memaut perhatian anda dengan guru atau pensyarah untuk mendapat maklumat dengan jelas.


Berinteraksi
Anda boleh mengajukan soalan dengan ikhlas. Anda harus berfikir dahulu sebelum membuat pertanyaan. Proses berfikir ini mampu mengelakkan anda berkhayal, malah menguatkan lagi pendengaran anda. Walaubagaimanapun, anda tidak digalakkan mencelah ketika pensyarah itur bercakap agar penyampaian beliau tidak tersekat. Anda harus bersabar sehingga sekurang-kurangnya ayat atau isi yang hendak disampaikan oleh beliau itu lengkap.


Maklum balas
Sebagai tanda menunjukkan anda faham, berstuju atau sebaliknya, anda perlulah memberi maklum balas seperti anggukan kepala, senyumana atau perubahan air muka dan sebagainya. Hal ini membantu perhatian anda terhadap apa yang diperkatakan.


Catatan
Catatn bukan sahaja membantu pelajar mengingati semula apa yag dipelajari secara berkesan, tetapi juga membantu diri pelajar menumpukan perhatian.


Rehat dan Tidur
Sebagai pelajar, tidak perlulah anda berjaga hingga larut malam semata-mata ingin menonton rancangan kegemaran anda. Pastikan anda mendapat rehat serta tidur yang berkualiti. Untuk mendapat tidur lapan jam sehari adalah agak sukar, tetapi sekurang-kurangnya anda harus mendapat tidur yang tidak kurang daripada enam jam. Latihlah diri anda agar lebih berdisiplin dalam soal pembahagian masa rehat, tidur dan tugasan harian.


Wassalam.

2 pesanan buat saya :):

cik ika berkata...

heeheheheh..
sbnrye kuliah yg bosan tu..eehhehe

Unknown berkata...

yupz,

info :

peluang bisnes domain http://www.hostingrajawali.com/reseller/reseller-domain/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...