Khamis, 26 April 2012

Adab Ketika Berdepan Dengan Masalah


Assalamualaikum.
Kehidupan manusia di dunia ini tidak terlepas dengan ujian daripada Allah. Pelbagai ujian diturunkan kepada insan yang terpilih bagi menilai sejauh mana kekuatan iman seseorang. Islam menggalakkan umatya untuk mengamalkan doa ketika menghadapi sebarang kesulitan.
Doa itu bermaksud; "Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya. Ya Allah, berilah daku pahala dalam musibahku ini dan berikanlah pengganti yang lebih baik." (Hadis Riwayat Muslim)


Antara contoh musibah yang selalu menimpa manusia ialah kesakitan, kematian orang yang disayangi dan sebagainya. Kita dilarang sama sekali untuk meratapi, tetapi sebaliknya kita perlu melunaskan adab-adab yang sesuai ketika berdepan dengan masalah.


Beristighfar
Pertama sekali, kita perlu beristighfar kepada Allah dengan mengucapkan "Innalillahi wainnailaihi raji'un". Ayat pertama yang keluar dari mulut anda ini mampu membuatkan anda tenang seketika dan ingat pada Yang Esa akan ujian yang diterima.


Sabar dan Tabah
Memang dugaan yang diterima agak berat, tetapi kesabaran dan ketabahan itu adalah kunci untuk anda berjaya. Apabila sifat mahmudah ini ditanamkan dalam diri anda, pasti anda tidak akan merungut lagi pada masa akan datang apabila ditimpa sebarang musibah.


Berfikiran Positif
Jangan sesekali merasakan masalah tersebut sebagai bebanan yang sangat berat. Fikiran anda perlu sentiasa positif dengan memikirkan bahawa ia adalah tanda kasih sayang Allah pada hmba-Nya. Tanpa dugaan, hidup anda tidak akan mencabar dan kurang pengalaman hidup.


Siasat Terlebih Dahulu
Apabila masalah anda melibatkan orang ketiga, maka sebaik-baiknya anda perlu menyiasat terlebuh dahulu kebenaran berita tersebut. Sifat manusia ada yang baik dan ada yang jahat. Anda jangan mudah tertipu dengan sebarang aklumat yang disampaikan tanpa anda melihat sendiri perkara tersebut.


Reda
Akhir sekali, anda perlu reda dan pasrah dengan ujian yang diberikan. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apabila anda menerima takdir Allah, dengan izin-Nya anda akan diberikan pahala yang berlipat kali ganda. Jika bertuah, anda mungkin akan menerima berita gembira yang lain selepas itu.


Wassalam.

0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...