Assalamualaikum.
Zaman sekarang, terlalu banyak orang yang ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Disebabkan itu, amat susah untuk mencari teman sejati yang sanggup bersama ketika susah dan senang.Rakan ketika senang sangat mudah untuk dicari, tetapi apabila anda menghadapi masalah tiada seorang pun yang ingin membantu. Persahabatan adalah ikatan yang kuat antara dua insan di mana kedua-duanya telah berjanji untuk setia bersama tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun. Anda perlu ingat, sesungguhnya apabila anda berbuat baik kepada orang lain, nescaya satu hari nanti Allah SWT akan membalas jasa anda itu.
Berkorban
Peribadi seorang sahabat sejati boleh dilihat dengan mudah. Ketika anda berada dalam kesusahan mahu pun kesenangan, dia cepat menghulurkan bantuan. Ada juga yang sanggup berkorban untuk anda seperti datang dari jauh untuk meraikan konvokesyen anda. Perkara tersebut pasti mengharukan sesiapa sahaja. Sudah tentu sahabat anda itu amat mementingkan ikatan persahabatan yang terjalin.
Sabar
Sahabat baik akan sentiasa sabar melayan karenah anda yang sentiasa berubah-ubah setiap masa. Dia tidak jemu mendoakan yang terbaik untuk anda dan menyokong segala usaha yang telah anda buat.
Berfikiran Terbuka
Seseorang sahabat yang memahami tidak akan menunjuk telunjuk diri sendiri sahaja. Dia mestimudah untuk menerima pendapat anda jika ia lebih baik. Dia juga bukan seorang yang panas baran dan keras kepala kerana sifat ini yang mampu memusnahkan ikatan persahabatan yang terjalin selama ini. Berkongsi pendapat kadang kala membuatkan pekerjaan itu menjadi lebih mudah.
Semangat
Apabila anda menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup, sahabat anda tidak berputus asa memberikan semangat serta kata-kata pembakar yang boleh menstabilkan emosi anda. Segala nasihatnya boleh diguna pakai dan mendatangkan kebaikan. Tidak pun, dia suka memujuk anda ketika merajuk atau pun menangis terutamanya semasa anda tidak kuat untuk menanggung masalah sendiri.
Kebaikan
Sebagai umat Islam, perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah ilmu agama. Menjadi peranan setiap sahabat untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain supaya mendekatkan diri kepada Allah SWT tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun. Selain itu, dia juga mengajar anda erti kebaikan dan menghalang daripada melakukan kemungkaran.
Wassalam.
6 pesanan buat saya :):
Salam~ Zam datang usha2 blog anda ;)
Thanks sbb sudi join segmen Blog Pilihan Zamani 84
Sambil2 menunggu keputusan di umumkan, jom blogwalking
dulu & berkenalan sesama bloggers~ Senarai terkini peserta
(sehingga 24hbApril) telah di update:
http://zamani84.blogspot.com/p/peserta-segmen-blog-pilihan-zamani-jom.html
Jom2 ;)
saya dah jumpa sahabat sebetulnya sahabat :)
http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2012/04/rileks-giveaway-by-misznadea-liniey.html
tag awk
salam kenal. a'ah sekarang ni ramai yang suka ambil kesempatan,berkawan pun tak ikhlas.tak sukalah org macam ni.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D
Kawan paling sejati memang susah dicari. Tapi sebenarnya, kita sendiri yang nakkan orang penuhi apa yang kita nak. Bila kawan kita tak seperti yang kita expect, kita dah anggap as bukan kawan sejati. That's why we have to treat people as we want to be treated. Kan? :)
sukar nak mecari sahabat yang sebenarnya. Perlu pandai memilih =)
Catat Ulasan