Isnin, 9 Januari 2012

Apa Yang Sudah Pergi Biarkan Ia Pergi.


Assalamualaikum.


Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih kerananya adalah stu tindakan bodoh dan gila. Lebih daripada itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa hadapan.


Bagi orang-orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalm penjara kelupaan, diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar. Ianya perlu diperap sedemikian rupa supaya ia tidak terkena cahaya, sebab ia adalah sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan, tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa jua kedukaan, tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan dan tidak dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan - ia adalah sesuatu yang sudah tiada.


Jangan biarkan hidupmu dihantui masa lalu, jangan biarkan dirimu sentiasa dibayang-bayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber airnya, memulangkan matahari kepada tempat terbitnya, mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya, air susu kepada puting susu haiwan dan airmata kepada mata? Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatmu terbakar dengan apinya. Kembali ke pangkuan masa lalu sama sahaja dengan meletakkan anda dalam kemelut dan tragedi yang sangat dasyat dan menakutkan.


Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-nyiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan  dan memporak-perandakan masa kini. Allah s.w.t. sudah menceritakan tentang umat-umat yang lampau dan apa yang sudah mereka lakukan . "Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu." Segala sesuatu sudah selesai bagi mereka. Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.


Sesungguhnya orang yang kembali kepada masa lalu sama dengan orang yang menggiling tepung atau orang yang menggergaji dedak kayu tetapi dirinya sendiri turut tergilas sama. Terdapat ungkapan lama terhadap mereka yang suka meratapi masa lalu: "Hei, jangan keluarkan mayat-mayat itu dari kubur mereka!" Disebutkan bahawa mereka yang boleh bercakap dengan bahasa haiwan, mereka bertanya kepada kerdai: "Mengapa engkau tidak menarik kereta lagi?" Si kerdai menjawab: "Aku tidak suka menipu."




Malangnyakita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini, sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita menyia-nyiakan istana-istana kita yang megah, sebaliknya kita sibuk menguruskan reruntuhan bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus-lumus untuk mengembalikan masa lalu itu, nescaya mereka tidak akan berjaya, sebab pada dasarnya ia adalah mustahil.


Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun ke arah depan. Justeru, janganlah cuba menentang arus atau aturan hidup, sunnah alam.


Wassalam.


1 pesanan buat saya :):

ira mohd berkata...

woww! great info dear. thx for sharing. hee. betol tuh. tapi kan kkdg, cakap senang laa. nak buat susah gak. huhu. hati ni kan kkdg degil sket :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...