Ahad, 8 Januari 2012

Ya Allah



Assalamualaikum...

ana ada beli buku La Tahzan. (Jangan Bersedih).. grr..actually dah lama dah ana berangan nak miliki buku ni sendiri. ye la. asyik bile nak bace pinjam yang orang punye je..kalau kat sekolah dulu, baca kat surau je. tu pon bukan sempat pon nak baca semua. so, sekarang dah ada yang sendiri punya, bile-bile pon boleh baca. heehe.. nak pinjam..?? sila..sila..jangan malu-malu..



"Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohom kepada-Nya. Setiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya)!" (Surah Ar-Rahman:29)


Apabila laut bergelombang, ombak menghempas dan angin bertiup kencang, si nelayan akan menyeru: Ya Allah ya Tuhanku!

Apabila penunggang unta tersesat di tengah padang pasir sahara, laluan berubah arah dan kafilah kebingungan dalam perjalanan, ia pun berseru: Ya Allah ya Tuhanku!

Apabila musibah menimpa,ujian melanda dan cubaaan datang sila=ih berganti maka orang yang ditimpa musibah itu akan erseru sekuat hati: Ya Allah ya Tuhanku!

Apabila segala pintu ditutup di hadapan para pengemis dan langsir dilabuhkan, mereka akan berseru: Ya Allah ya Tuhanku!

Apanila ikhtiar sudah sempurna, jalan tetap buntu, cita-cita terhenti dan segala hubungan terputus,mereka akan berseru: Ya Allah ya Tuhanku!

Apabila dunia yang luas ini terasa sempit buat anda, sedankan dirimu berasa seolah-olah dihimpit oleh segala yang ditanggungnya,berserulah: Ya Allah ya Tuhanku!

"Sungguh akumengingati-Mu pada malam yang hitam pekat, ketika hamparan masa kotor berdebu. Aku berteriak kuat ketika fajar menyinsing sambil tersenyum lebar."

Kepada Allah jualah ditujukan ucapan-ucapan yang bagus, doa-doa yang ikhlas, teriakan-teriakan yang benar, deraian air mata dan segala keluh-kesah kesedihan.

Kepada-Nye setiap tapak tangan menadah di hujung malam, memohon bantuan, begitu juga setiap mata yang merenung, serta segala permintaan makhluk baharu.

Dengan nama-Nya setiap lidah menyebut, meminta tolong,bermohon dan memanggil. Dengan mengingat-Nya hati akan tenteram dan roh akan damai, serta jiwa menjadi tenang. Urat-urat saraf menjadi lentur, kecerdikan meningkat dan keyakinan menjadi mantap.

"(Sesungguhnya) Allah Maha Lembut kepada para hamba-Nya."


Allah:
Nama yang paling sempurna,susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling benar dan kalimat yang paling bernilai. "Adakah engkau mengetahui sesiapa yang senama dan sebanding dengan-Nya?" (Maryam:65)

Allah:
Tebukti Dialah yang empunya kekayaan ,kekuatan dan bantuan, kemuliaan, kekuasaan dan kebijaksanaan. (Ketika itu Allah berfirman):"Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaan-Nya atas segala-galanya." (Ghafir:16)

Allah:
Empunya kelembutan dan bantuan, pemberian, kasih sayang dan insan. "Apa jua nikmat yang ada pada kamu adlah datang daripada Allah." (An-Nahl:53)


Wassalam.

0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...