Ahad, 15 Januari 2012

Jom baling batu ramai-ramai..




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang comel lagi anggun.
hehe..*hehe..rajin memuji pulak.






Orait..hari ni ana nak share sikit mengenai status kat facebook yang ana baca ni. Korang sila lah baca lah ok.....hehe..tajuk kat atas uh tak ada kene mengena pon..hehe.. pape pon, jom layan cerita ni..






Max berada kat atas bangunan manakala Ben10 berada di tingkat bawah.


Max nak panggil Ben10, tetapi malangnya....


Ben10 tak dengar...


haish..then, Max pon baling la duit syiling kat Ben10 dengan harapan Ben10 akan mendongak ke atas..


malamgnya...


Ben10 just terus tunduk ambil duit syiling tu tanpa memandang ke atas..(Ke arah Max)


...banyak kali Max baling duit syiling...tapi Ben10 still tak perasan yang Max nak panggil dye, tapi Ben10 just trus kutip je duit syiling yang dia nampak kat bawah tu..


Haish..Max dah rasa geram dah..then...Max pon baling la batu kat Ben10..haha..ambil kau. Then baru la si Ben10 tu dongak ke atas.




Wahai kawan-kawanku yang comel lagi menawan.....




Agak-agaknya kan..kita dengan Allah macam mana ek..?  macam tu ke..?


Bila Allah bagi nikmat kita tak bersyukur tak, kita ingat tak kat Allah, kita luangkan tak sedikit masa yang ada untuk Allah even sekejap je..?


atau..kita ni jenis yang nak ditimpa kesusahan, musibah, bencana dulu..then baru nak ingat pada Allah..?




hmm...sama-samalah kita renung-renungkan ye kawan-kawan.


Moga-moga kita semua beroleh rahmat Allah... Insyaallah.




Wassalam.


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...