Sabtu, 14 Januari 2012

setting yang tidak perlu dalam blog : part 2



Sebelum ini aku ada menaip tentang setting yang tidak perlu dalam blog, Part 1.
dan seperti yang dijanjikan, aku akan bagitahu pula setting yang juga agak tidak perlu dalam blog.


Sebenarnya kalau hendak dibandingkan antara part 1 dan part 2 ini, part 1 adalah yang paling penting. Untuk part 2 ini, boleh dikatakan kurang penting tetapi perlu juga untuk diketahui. Part 1 boleh dikatakan sangat tidak diperlukan bagi sesebuah blog. Tetapi, untuk part 2 ini, boleh dikatakan bergantung kepada sesorang blogger itu.



1. Content Warning
Memang agak pelik bagi aku kerana kadang tu aku ada terbuka blog yang aku sangkakan mempunyai gambar atau video aksi-aksi panas ataupun gambar pembunuhan. Iyalah, apabila hendak buka pun keluar content warning. Tetapi apabila buka hanyalah blog biasa. Tiada tanda-tanda kehadiran unsur yang 'ganas'.

Persoalannya kenapakan wujudnya amaran ini jika blog tidak mempunyai content yang seperti yang ditunjukkan.? Adakah hanya kerana ingin kelainan daripada blog lain.?
kalau hasratnya seperti itu, rasanya tidak perlu untuk papar content warning ni.


Untuk disablekan, Setting > Adult content.? --> No


2. Anonymous
Untuk setting anonymous ini, bergantung kepada tuan punya blog. ada yang tidak kisah dengan anonymous ini, ada yang tidak suka dengan anonymous ini. Kiranya anonymous ini tiada identiti la. Paling kurang pun letak la nama abu atau ali tak pun ahmad.:)


Kenapa aku enablekan anonymous untuk blog ini.?
Pada pandangan aku, ada sesetengah orang tidak suka identitinya ditunjukkan. So dia lebih senang untuk komen sebagai anonymous. So sebabnya senang, dia tidak mahu orang mengenali siapakah dia. dan bagi aku tiada masalah kerana setakat ini, sesiapa sahaja yang komen sebagai anonymous bukanlah komen mengutuk atau negatif. Komen dari anonymous ini seperti lain-lain pelawat juga, cuma menggunakan anonymous.

So, berkaitan anonymous ini, bergantung kepada pemilik blog samada hendak enablekan atau dsablekan.

Untuk disablekan, setting > comments > who can comments.? --> Anyone.





----------------

Selesai sudah 2 part untuk bahagian setting ini. Rasanya itu sahaja antara setting yang tidak perlu dalam sesebuah blog. Bagi part 1 sebelum ini, aku rasakan memang sangat tidak perlu, Tetapi untuk part 2 ini, setting lebih bergantung kepada pemilik blog. Hendak kata menyusahkan itu, tidaklah sangat. Cuma boleh juga untuk diambil perhatian..



p/s: link


0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...