Khamis, 5 Januari 2012

Manfaat Stres.




Assalamualaikum.

grr..korang penah dengar ke yang stres ni ada manfaat..??
ana tak pernah kot...huarghhh...sungguh kuno rasanye..haha..whatever..

ok2...sekarang ana nak list kan manfaat stres ni..
sumber..??? hehe..majalah solusi. best majalah ni. betol. try la baca ye.





ok...

1. Stres akibat takut gagal,menyebabkan kita bangun berusaha dengan gigih.

->betol.betol.betol. yele. tak kan la nak gagal lagi kan. haish... biasanya lepas kita gagal, kita mesti lagi nak berusaha memajukan diri. tak kan sepanjang hidup nak duduk kat bawah je kan. mesti la nak berjaya kan..kan..



2. Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus-terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.

->hmm..ni bukan pasal hubungan dengan parent je. even dengan semua orang. hmm..tadi ana ada baca blog bayyinat...ni antara kandungan yang menarik perhatian ana. "Jangan ingat hidup ini cuma soal aku solat, aku puasa sahaja. Hidup ini ialah soal aku, engkau, dan mereka. Benda inilah yang kita panggil adab atau akhlak. Dan tak ingat ke yang Rasulullah S.A.W pernah kata; perkara yang paling besar yang membawa manusia kepada syurga-Nya ialah akhlak yang baik!" betol la kan..kan..



3. Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.

->ok. ni boleh ambil situasi ana sebagai seorang student. ok. kalau kita tak tahu nak jawab soalan tutorial kita buat apa.?? tak kan tak stres kan kalau tak dapat jawab. mesti la lagi banyak yang perlu kita kaji, baca, fahami...kan.kan.. tak kan tak stres kan kalau tak dapat jawab. kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh. so, effect nya...kita akan ada usaha nak berjaya.




4. Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa sila.

->absolutely yes! grrr...betol la uh...bile tiba certain masa uh..kita akan rasa insaf. bila tengok je orang yang alim or even filem yang islamik or lepas je dengar ceramah sikit even sekejap je...rasa insaf uh mesti hadir...




5. Stres kerana merasakna diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dlam hidup.

->ya...ni selalu terjadi dalam hidup kita. bila tengok orang lain berjaya, kita pun nak berjaya. siapa yang tak nak berjaya kan..


6. Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

->yups. ini sape-sape pon akan rasa macam ni. even tak tegur secara direct pon, tapi cegah dalam hati pon boleh...



7. Stres kerana didiagnos ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyambuhkan.

->ni orang tak sakit pon akan rasa macam ni. kalau sakit..?? lagi la.. heehhe..



k..wassalam.


0 pesanan buat saya :):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...